Saturday 6 May 2017

Perolehan Bank Rakyat RM6 bilion. Umum Dividen Tunai 15%

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. BOLEH MOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

KUALA LUMPUR 5 Mei - Bank Rakyat merekodkan peningkatan perolehan sebanyak RM317.05 juta atau 5.58 peratus kepada RM6 bilion, berbanding RM5.69 bilion pada tahun lepas.

Bank bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu turut mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus, berjumlah RM450 juta, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 berbanding 13 peratus pada 2015.

Pengerusinya, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh berkata, pening­katan perolehan didorong pertumbuhan positif dalam pembia­yaan runcit, terutamanya dalam segmen pembiayaan peribadi.

Katanya, kumpulan mencatatkan peningkatan tahun ke tahun atas baki kasar pembiayaan sebanyak 7.32 pe­­ratus kepada RM69.18 bilion de­­ngan pertumbuhan pembiayaan peribadi menjadi pe­nyum­bang utama.

Oleh itu, jelas beliau lagi, Bank Rakyat mengunjurkan pertumbuhan pinjaman untuk berkembang pada kadar 6.5 peratus pada tahun ini.

“Jumlah pendapatan termasuk pendapatan operasi lain kumpulan meningkat sebanyak 3.52 peratus kepada RM6.66 bilion, berbanding RM6.43 bilion sebe­lumnya, pendapatan pembiayaan sebanyak RM4.90 bilion, kekal sebagai penyumbang utama.

“Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.74 bilion berbanding RM2.01 bilion dicatatkan pada 2015,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengarah Urusan dan Presidennya, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid.

Bank Rakyat juga memaklumkan tentang mandat yang diamanahkan kepadanya untuk membantu sektor koperasi de­ngan menyumbang 2 peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM34.01 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.

Bank itu juga akan menyum­bang sebanyak satu peratus bersamaan RM17 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi. Jumlah sumbangan bagi 2016 adalah seba­nyak RM51.01 juta.

sumber : utusan.com.my

No comments: