PASIR PUTEH - Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM550 juta pada
tahun ini bagi tujuan pembayaran elaun dan imbuhan kepada guru Kelas
Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), imam dan guru takmir di seluruh negara.
Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka terdiri daripada
34,000 guru Kafa, 14,000 imam dan 3,600 guru takmir turut mendapat pelbagai
ganjaran yang membuktikan kerajaan amat komited dalam usaha menjaga kepentingan
agama Islam di negara ini.
"Kerajaan
sentiasa mengkaji kenaikan elaun mereka seperti guru Kafa daripada RM800 kepada
RM900 sebulan, imam (RM750 kepada RM850 sebulan) dan guru takmir (RM40 kepada
RM100 sejam)," katanya ketika merasmikan Konvensyen Memperkasakan Akidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah di sini, hari ini.
Lebih 1,000
peserta menyertai konvensyen itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.
Jamil Khir berkata, kenaikan elaun itu bertujuan agar mereka dapat
memberi tumpuan yang lebih terhadap bidang masing-masing sejajar dengan
tuntutan semasa.
Sementara itu,
Othman dalam ucapannya meminta umat Islam di negara ini supaya jangan leka
dengan ancaman dari dalam dan luar negara untuk melemahkan Islam di
negara ini.
Beliau berkata,
tiada alasan untuk umat Islam di Malaysia berpecah-belah sesama sendiri
terutama ketika Islam dan penganutnya diserang daripada segenap sudut
terutama di laman media sosial.
"Perpaduan sesama
sendiri terutama dalam kalangan generasi muda mesti dijadikan tonggak utama
untuk menangkis setiap serangan yang dilancarkan musuh," katanya. –
Bernama
sumber : sinarharian.com.my
1 comment:
hermes bags
kd 11
kyrie 6 shoes
zx flux
goyard handbags
air max 270
off white
timberland outlet
kd shoes
golden goose
Post a Comment