Friday 5 May 2017

Skim forex haram, tiada lesen

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. BOLEH MOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)
Orang ramai dinasihati berwaspada sekiranya dipelawa menyertai Forex.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendedahkan tiada sebarang lesen tukaran mata wang (forex) diberikan kepada mana- mana pihak untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Justeru, Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menasihati agar orang ramai berhati-hati sekiranya dipelawa menyertai pelaburan haram itu.

“Jaga elok- elok duit. Kalau nak serah wang kepada seseorang untuk pulangan setiap bulan, hubungi KPDNKK di talian 1800886800 untuk semakan terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya komited menangani isu skim pelaburan yang tidak sah.

“Setakat ini KPDNKK masih belum menerima aduan berkenaan forex dan kami akan bertindak sekiranya ada maklumat diberikan,” katanya.

Beliau berkata, setiap syarikat yang ingin menjalankan​ perniagaan jualan langsung terlebih dahulu perlu memohon lesen termasuk mengemukakan pelan pemasaran yang tidak mempunyai unsur- unsur skim piramid.

“Segala perniagaan yang bersifat skim cepat kaya seperti pelaburan, hartanah, emas serta frex yang berselindung di bawah modus operandi multi level marketing (MLM) adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP) 1993.

“Ia adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM), polis dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),” katanya.

Hamzah berkata, mana- mana individu yang melanggar subseksyen (1) melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang RM1 juta sehingga RM10 juta.

“Bagi kesalahan kali ke dua atau berikutnya, denda tidak kurang RM10juta sehingga RM50 juta,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 198 kes diambil tindakan oleh Penguatkuasa KPDNKK sejak 2012 dengan nilai rampasan berjumlah RM5.8 juta dikenakan ke atas syarikat  yang  gagal mematuhi AJLSAP.

“Sebanyak RM960,500 kompaun telah dikenakan sepanjang tempoh itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, KPDNKK menganggotai National Coordinating Committee (NCC) bersama BNM, Polis, SC, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara bagi menyelaraskan penguatkuasan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA).

“Kesalahan berkaitan skim pelaburan, skim kepentingan serta jualan langsung dimasukkan di bawah Jadual Pertama AMLATFAPUAA sebagai predikat.

“Ini bermakna sekiranya terdapat kesalahan berkaitan dengan perkara ini, siasatan akan dibuka di bawah akta berkaitan dan AMLATFAPUAA,” katanya.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: