Monday 1 May 2017

Perancangan ekonomi Pemandu gagal?

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. BOLEH MOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

BERMULA dengan zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi saya sudah berasa kurang selesa dengan perubahan kaedah perancangan dan pelaksanaan ekonomi negara.

Ini menjadi lebih meluas dalam era Datuk Seri Najib Tun Razak apabila tugas merancang dan melaksanakan ekonomi negara dipindahkan daripada kakitangan awam kepada perunding sektor swasta.

Sejak awal merdeka hingga ke era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, tugas merancang dan melaksanakan ekonomi negara dilakukan oleh Kabinet dengan bantuan perkhidmatan awam.

Kabinet merangka garis kasar hala tuju ekonomi dan kemudian kakitangan awam mengisinya. Adalah tanggungjawab dan tugas kakitangan awam merangka dasar, mencadangkan program dan seterusnya melaksanakan apa yang diluluskan oleh Kabinet.

Alhamdulillah, kerana kepekaan Kabinet dan kecekapan kakitangan awam kita mempunyai sistem penentuan dasar, program dan pelaksanaan ekonomi yang terbaik di kalangan negara membangun.

Unit Perancangan Ekonomi (EPU) kita pernah diakui sebagai badan perancangan ekonomi terbaik dunia sehingga dijadikan contoh oleh agensi-agensi antarabangsa dan ditiru oleh banyak negara.

EPU dibantu Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Hasilnya kita bukan sahaja berjaya membangunkan ekonomi dan membasmi kemiskinan, tetapi kita juga berjaya membahagi kekayaan negara secara lebih saksama.

Bagaimanapun pada September 2009, setelah beberapa bulan menjadi Perdana Menteri, Najib menubuhkan sebuah badan perancangan dan pelaksanaan super yang baharu bernama Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

Matlamat utama Pemandu adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahkan cara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) menteri Kabinet.

Pemandu dipengerusikan oleh Najib sendiri dan diterajui sekumpulan pakar yang tidak semestinya daripada perkhidmatan awam. Ia diketuai bekas seorang eksekutif pertengahan industri petroleum bernama Datuk Seri Idris Jala yang mula dikenali umum apabila dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada 2005.

Penubuhan Pemandu secara langsung menyebabkan peranan kakitangan awam, khususnya yang bertugas di EPU, menjadi kurang relevan dan perancangan ekonomi yang dulunya berlandaskan kemajuan sosioekonomi berubah menjadi sangat pro-pasaran dan kapitalistik.

Setelah lebih 10 tahun, apakah sumbangan Pemandu kepada negara? Kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin negara dan penyokong dasar pro-pasaran, Pemandu telah mencapai kejayaan gemilang.

Tetapi baru-baru ini tersiar sebuah analisis terperinci oleh seorang penulis yang memberi namanya sebagai Osman Jailani di portal berita baharu, Malaysian Insight yang mempertikaikan pencapaian Pemandu.

Antara lain, analisis itu mendakwa Pemandu gagal mencapai matlamat yang ia sendiri cadangkan kepada kerajaan. Sebaliknya banyak penanda aras ekonomi negara jatuh dengan teruk setelah Pemandu dikatakan telah membelanjakan kira-kira RM500 juta – setengah bilion ringgit – bagi menjalankan tugasnya.

Penulis memberi banyak contoh bagi menyokong dakwaan kegagalan Pemandu itu. Antaranya dia berkata, pendapatan negara kasar (GNI) bukan sahaja tidak meningkat seperti diunjurkan sendiri oleh Pemandu, sebaliknya merosot.

Perangkaan Bank Negara menunjukkan GNI per kapita jatuh sebanyak 15 peratus daripada AS$10,345 pada 2013 kepada AS$8,821 pada 2016.

Ini sangat jauh daripada unjuran AS$15,000 yang Pemandu cadangkan untuk mencapai taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Lebih teruk lagi adalah kegagalan program Pemandu seperti GTP dan ETP menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan seterusnya mempertingkatkan keyakinan pelabur di dalam dan luar negara.

Akibatnya, kata penulis itu mata wang kita menjadi sangat lemah. Di antara tahun 2011 dengan 2016, nilai Ringgit jatuh 42 peratus berbanding Dolar Amerika. Tahun lalu sahaja ia merosot 4.5 peratus dan tahun sebelum itu ia jatuh merudum sebanyak 23 peratus.

Kita tidak boleh salahkan pelabur dalam dan luar negara serta pengguna jika mereka kurang yakin kerana Pemandu sendiri gagal memenuhi matlamat yang ia sendiri tetapkan.

Misalnya, ia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Tapi bagi tempoh 2011 hingga 2015, ekonomi negara berkembang lebih sedikit daripada lima peratus.

Banyak lagi data dan perangkaan yang dikemukakan bagi menyokong dakwaan beliau.

Bagi saya, masalah kita bukan sahaja kelemahan dasar dan program ekonomi, tetapi yang lebih parah adalah kurang kepercayaan di kalangan pelabur dan pengguna. Apabila mereka tidak yakin, mereka tidak akan melabur dan berbelanja. Wallahuaklam.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: