SHAH ALAM – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh
kerajaan pada masa kini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan
kehidupan golongan berpendapatan rendah.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebarang
tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana
bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan
oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.
“Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan
telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan
kecil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed
berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak
menepati syariat Islam.
Oleh itu, Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus
dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.
“Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu
meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping
melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor,” katanya.
Sehubungan itu, Wan Salim mencadangkan agar pelaksanaan GST dapat dikaji
semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil.
Beliau berkata, cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada
golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.
“Pihak kerajaan perlu menentukan had minimum pendapatan individu dan
syarikat untuk dikenakan GST,” katanya.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment