Saturday 29 April 2017

Isu gaji: Angkasa mahu hantar “Memorandum”

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. CCTOS, CRISS dan BLACK LIST. BOLEH. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

PETALING JAYA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memohon kerajaan menangguhkan serta-merta arahan pelaksanaan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam sehingga maksimum 60 peratus daripada jumlah potongan gaji kasar.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa akan menyerahkan memorandum resolusi yang dipersetujui anggota koperasi Angkasa kepada kerajaan  minggu hadapan bagi membolehkan rundingan diadakan dahulu berhubung isu ini.

"Antara kandungan resolusi ialah tindakan kawalan maksimum 60 peratus di peringkat pembayar gaji hanya boleh dilaksanakan apabila sebuah agensi kawalan berpusat mengawal had maksima (pemotongan gaji) diwujudkan sebelum agensi memberi pinjaman.

"Kawalan tersebut mesti diguna pakai oleh semua pihak termasuk kerajaan, badan berkanun, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi perbincangan mengenai pelaksanaan sekatan bayaran itu bersama anggota koperasi kredit Angkasa, di sini hari ini.

Akauntan Negara telah mengeluarkan pekeliling arahan pelaksanaan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam sehingga maksimum 60 peratus daripada jumlah gaji kasar bagi menangani masalah hutang penjawat awam, bermula bulan ini.

Berdasarkan arahan itu, hutang atau bayaran potongan yang melebihi 60 peratus daripada jumlah kasar yang tidak dapat dipotong melalui sistem gaji  perlu dilakukan sendiri oleh penjawat awam.

Arahan ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang telah diadakan pada 5 April lepas dan dikuatkuasakan segera.

Abdul Fattah berkata resolusi lain ialah tindakan itu  boleh dilaksanakan tanpa menggunakan kaedah keutamaan potongan, sebaliknya menggunakan kaedah 'Fifo', iaitu agensi yang lebih awal  mengeluarkan pinjaman didahulukan untuk menerima potongan.

"Selain itu, dicadangkan agar kaedah pelaksanaan diguna pakai untuk potongan baru sahaja," katanya.

Menurutnya, pelaksanaan segera kaedah terbaharu itu  akan mewujudkan keadaan pinjaman tidak berbayar dalam kalangan penjawat awam disebabkan tanggungjawab membayar  baki bayaran balik pinjaman melebihi 60 peratus itu menjadi tanggungjawab individu, yang mana sebelum ini diuruskan majikan.

"Pelaksanaan ini turut akan menyebabkan mereka (penjawat awam) tersenarai dalam sistem Credit Rating Agencies (CRA), Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) jika gagal membayar pinjaman itu," katanya.

Abdul Fattah berkata  jika berlaku sistem potongan gaji yang tidak konsisten, agensi pengeluar pinjaman juga  akan mengetatkan syarat kelulusan dan akhirnya penjawat awam akan terdedah kepada skim pinjaman tidak berlesen.

"Jika keadaan ini berterusan, ia akan memberi kesan langsung kepada pengurangan aktiviti kredit serta meningkatkan kos pembiayaan sehingga mengakibatkan pemain industri terpaksa menarik diri," katanya. – Bernama

sumber : sinarharian.com.my

No comments: