KUALA LUMPUR 23 April - Niat murni Pergerakan
Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai menyantuni keluarga berpendapatan rendah
dalam program 'Jom Pi Pasar' di Kondo Rakyat, Pantai Dalam di sini benar-benar melegakan
rata-rata suri rumah yang menerimanya.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lembah
Pantai, Azizan Shariff berkata, idea mengedar kupon bernilai RM20 tercetus
bertujuan meringankan beban kaum ibu yang sejak awal pagi gigih mendapatkan
barangan basah untuk keperluan keluarga.
Katanya, pihaknya sentiasa prihatin terhadap keluarga berpendapatan rendah di kawasan Lembah Pantai dan pelbagai program kebajikan diatur setiap tahun bagi membantu golongan sasar.
“Alhamdulillah sokongan kuat Ketua Bahagian UMNO
Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan UMNO Wilayah
Persekutuan merealisasikan usaha ini dan akan diteruskan untuk pasar malam dan
bazar Ramadan nanti,” katanya yang turut mengiringi Raja Nong Chik mengedar
kupon RM20, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
sumber : utusan.com.my
No comments:
Post a Comment