Thursday 27 April 2017

Harga bahan api turun

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

KUALA LUMPUR 26 April - Harga bahan api bagi tempoh 27 April sehingga 3 Mei menyaksikan penurunan berbanding minggu lalu.

Harga petrol RON95 turun enam sen kepada RM2.21 seliter berbanding RM2.27 manakala harga petrol RON97 turun lima sen kepada RM2.49 berbanding RM2.54 seliter.

Harga diesel juga menyaksikan penurunan enam sen iaitu RM2.14 berbanding RM2.21 pada minggu sebelumnya.

Harga baharu yang dimaklumkan menerusi saluran RTM Tv1 itu berkuatkuasa pada pukul 12.01 tengah malam ini.

Sejak Mac lalu, kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga dilaksanakan bagi menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan. - UTUSAN ONLINE

sumber : utusan.com.my

No comments: