Saturday 12 March 2016

[2 Gambar] Tikus Gergasi Sebesar Anjing Ditemui


Seorang pekerja tukang gas menemukan seekor tikus gergasi sebesar anjing ketika ia melakukan kerja disebuah apartemen wilayah utara london.

Tony Smith (46) mengaku menemukan tikus itu dalam keadaan mati tidak jauh dari taman kanak kanak bermain Hackney Downs.

Tony mengatakan setelah tikus itu di timbang  haiwan itu memiliki berat 12 kilogram dan panjangnya sekitar 1,2 meter dari kepala hingga hujung ekornya.

“ia adalah tikus tersebesar yang pernah saya nampak sepanjang hidup” ujar tony.

Dia kemudia meminta temannya james green seorang pekerja listrik untuk mengambil gambar tikus itu.

Saya memiliki seekor kucing dan anjing haiwan ini lebih besar dari kedua binatang peliharaan saya katanya.

Beliau menambah bahwa tong sampah di sekitar kawasan itu dibiarkan terbuka,mungkin tikus itu mendapatkan cukup makanan.

Manakala Guinness World Record tak memiliki catatan tikus dengan tubuh terpanjang tetapi spesies tikus terbesar ditemukan di Pulau Luzon, Filipina dengan panjang tubuh sekitar satu meter.

Menurut Asosiasi Pengendali Hama Inggris (BPCA), terdapat dua spesies tikus di negeri itu, yaitu tikus coklat dan hitam.

“Tikus coklat adalah tikus terbesar di Inggris dan bisa mencapai berat setengah kilogram dan tubuh mencapai 23 centimeter tanpa menghitung ekornya,” demikian penjelasan situs BPCA - eberita.org/

Tembelang Lelaki Viral Kerana Jaga Kekasih Koma 8 Bulan Pecah


Dalian, China: Tembelang seorang kekasih 'sempurna' akhirnya pecah apabila teman wanitanya sendiri mendedahkan teman lelakinya sendiri yang menyebabkan dia koma selama lapan bulan.

Liu Fenghe, 25, berikrar untuk menjaga dan setia di sisi kekasihnya, Lin Yingying, 22, setelah Lin koma akibat cedera parah di kepala pada 2014.

Kisah Liu menjadi viral dan mendapat perhatian media tempatan sehingga ada yang memanggilnya sebagai "model kekasih". Difahamkan, Liu menggunakan wangnya dan juga turut meminjam wang dari rakannya untuk membiayai kos rawatan kekasihnya itu.

Namun semuanya terbongkar setelah Lin yang sedar pada Mei tahun lalu baru-baru ini mendedahkan penyebab sebenar dia koma adalah kerana dibelasah oleh Liu.

Selain itu, Lin juga turut berkata Liu turut beberapa kali mengugutnya.

Laporan dari Telegraph menyebut, Lin sudah sedar 10 bulan lalu, namun tidak menamakan siapa yang menyerangnya kerana terlalu takut dengan akibat yang bakal menimpanya.

Lin mendakwa Liu menjaganya selama 8 bulan disebabkan rasa bersalah dan bukannya cinta.

Setelah mengetahui perkara itu, Bapa Lin kemudian membuat laporan polis.

Pasangan tersebut menjalankan perniagaan bakeri dan Lin mendedahkan dia dipukul selepas bertengkar mengenai roti yang dibakarnya hangus. - siakapkeli.my/

Friday 11 March 2016

'"Kami tunai solat sunat bukan sembah matahari"

Laman sosial menyifatkan tindakan warga sekolah SK Chabau sebagai sembah matahari sehingga mengundang rasa kurang senang orang ramai.

JASIN - Tindakan sebuah laman sosial menyamakan solat gerhana matahari yang didirikan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Chabau di sini, Rabu lalu sebagai menyembah matahari dianggap amat keterlaluan.

Pengerusi MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan berkata, sebagai warga Jasin, mereka kesal pengendali laman sosial mempertikaikan tatacara solat dilakukan bukan di dalam masjid atau surau, sekali gus menyamakan tindakan warga sekolah seperti amalan paganism dan agama majusi.

“Tujuan pihak sekolah berkenaan melakukan di kawasan lapang bagi memberi lebih ramai warga sekolah turut serta dan tidak harus dikritik.

“Situasi itu bukan sahaja mengguris hati warga SK Chabau dan alumni, malah rakyat Jasin dan negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Huzailan Hamzah berkata, pihaknya baru dimaklumkan hal terbabit setelah ia disebarkan melalui WhatsApp dan akan meminta pegawainya ke sekolah itu untuk mendapatkan maklumat.

Menurutnya, beliau terkilan kerana niat baik sekolah itu disalah tafsir, sedangkan tiada masalah mendirikan solat berkenaan di kawasan lapang selain dalam masjid atau pun surau.

“Tak ada masalah warga sekolah bersolat di kawasan lapang bukan sahaja di masjid atau surau.

“Saya yakin dan percaya ada sebab pihak sekolah mengadakan solat sunat gerhana matahari di kawasan lapang, mungkin tiada kawasan yang luas dan sebagainya.

Rabu lalu, laman sosial terbabit memuat naik status dan gambar warga sekolah berkenaan mendirikan solat sebagai menyembah matahari.

Gambar itu dipercayai diambil selepas Sinar Harian memuat naik ke laman sosial.

Bagaimanapun, laman terbabit memadamkan status berkenaan selepas orang ramai mengutuk serta mengkritik tindakan pengendalinya. - sinarharian.com.my/

Thursday 10 March 2016

Gerhana Matahari Mungkin Bawa Petanda Musibah


JOHOR BAHRU: Gerhana matahari yang berlaku pada pagi tadi merupakan ulangan 21 tahun lalu yang menyaksikan Johor pada ketika itu diuji dengan kemarau sehingga menyebabkan wabak penyakit menyerang tanaman dan tumbuhan.

Menurut Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razka, pada 24 Oktober 1995, gerhana matahari berlaku pada kadar 70 peratus manakala bulan yang menghalang cahaya matahari berada pada ketdudukan titik 'simpul atas'.

Menurut beliau, gerhana matahari itu sekali lagi berulang pada hari ini jam 8.23 pagi iaitu pada waktu Dhuha dengna kdar gerhana 90 peratus manakala kedudukan bulan yang menghalang cahaya pada kedudukan titik 'simpul bawah'.

"Allah berfirman dalam Surah Kaf, ayat lapan yang bermaksud fenomena alam sebagai bukti kekuasaan Allah mengandungi dua nilai iaitu Tabsirah (tuntutan mengambil perhatian) dan Zikra (tuntutan mengambil peringatan).

"Sebagai perhatian, gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah) menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.

"Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor," sebagaimana lapor BH Online.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan perkara itu dari Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor.

"Saya juga mendapat maklumat daripada Jabatan Meteorologi mengatakan gerhana matahari yang berlaku menyebabkan peningkatan suhu hingga 2 darjah Celsius selain taburan hujan yang akan berkurangan.

"Rakyat diminta berjaga-jaga dan dinasihatkan jangan terlampau terdedah pada cahaya matahari kerana panas terik yang berlaku kali ini tidak seperti hari biasa.

"Daripada segi wabak penyakit pada tumbuhan hingga kini masih belum ada tanda dan dikenal pasti, tetapi seperti kebiasaan suhu panas yang melampau sememangnya akan menjejas dan merosakkan tanaman berbuah seperti kemarau pada tahun lalu," katanya. -siakapkeli.my/

Apa anda buat jika jumpa RM61,00 di tengah jalan?

Wang yang ditemui Bob Tracey.

PHILADELPHIA - AMERIKA SYARIKAT. Apa yang akan dilakukan ada jika menjumpai sebuah beg yang berisi duit.

Memulangkan atau hanya menyimpannya?

Tetapi bagi seorang lelaki di sini bertindak memulangkan semula wang yang dijumpainya di sebuah jalan di sini kelmarin.

Bob Tracey, 61, menemui beg yang berisi wang tunai bernilai AS$15,000 (RM61, 896)  ketika memandu pulang dari tempat kerjanya pada malam Isnin.

Dia yang pada mulanya menyangka ia adalah dompet, terkejut apabila mendapati beg berkenaan berisi wang tunai.

Bob yang bekerja di bahagian penguatkuasaan Pengangkutan Pennyslvania terus menghubungi pihak polis sebaik sahaja melihat kandungan beg berkenaan.

Sementara itu, penguasa polis Michael Chitwood berkata, perilaku memulangkan semula wang tunai yang dijumpai, menunjukkan lelaki berkenaan berhati baik.

Pemilik wang tunai berkenaan masih belum dikenal pasti.

Bob berkata, isterinya memberi jaminan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah perkara yang betul.

"Saya sempat menjadi kaya kerana memiliki AS$15,000 hanya untuk setengah jam," katanya dipetik AP. - sinarharian.com.my/