Untuk makluman anda semua eksport utama di Malaysia adalah terdiri
daripada kayu kayan, minyak mentah, gas, minyak sawit, elektrik dan
elektronik, getah, dan produk petroleum.
Walaubagaimanapuan melihatkan data
statistik yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Jabatan Statistik Negara
berkenaan dengan prestasi eksport Malaysia pada Januari 2016 tidak
mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Disasarkan eksport Malaysia berada pada
paras 2.5 peratus termasuk dari Reuters. Tetapi merosot kepada negatif
2.8 peratus. Mengejutkan penganalisis ekonomi yang mana LNG mencatatkan
prestasi eksport terburuk pada Januari 2016 sekaligus kejatuhan buat
pertama kalinya dalam tempoh 8 bulan terakhir.
Punca Kejatuhan Eksport Malaysia?
- Kelembapan dan pertumbuhan ekonomi China
- harga global untuk penghantaran komoditi yang masih lemah dan tidak menentu
- permintaan global yang juga masih lemah
- Kejatuhan nilai ringgit Malaysia sedikit sebanyak memberikan kesan langsung
Walaubagaimanapun pada ketika ada
sedikit berita yang agak mengembirakan, semoga ianya berpanjangan
apabila disemak prestasi ringgit terus mengukuh untuk beberapa hari
terakhir ini selepas harga minyak dunia menunjukkan prestasi
memberangsangkan termasuklah minyak jenis Brent yang mencatatkan paras
$40 dollar setong untuk sekian lama.
P/S : Berita Semasa berharap agar
eksport Malaysia dapat naik semula untuk eksport Malaysia bagi siri data
bulan Februari 2016 ini pula. Insyaallah. - beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment