Dalian, China: Tembelang seorang kekasih 'sempurna' akhirnya
pecah apabila teman wanitanya sendiri mendedahkan teman lelakinya
sendiri yang menyebabkan dia koma selama lapan bulan.
Liu Fenghe, 25, berikrar untuk menjaga dan setia di sisi kekasihnya, Lin
Yingying, 22, setelah Lin koma akibat cedera parah di kepala pada 2014.
Kisah Liu menjadi viral dan mendapat perhatian media tempatan sehingga
ada yang memanggilnya sebagai "model kekasih". Difahamkan, Liu
menggunakan wangnya dan juga turut meminjam wang dari rakannya untuk
membiayai kos rawatan kekasihnya itu.
Namun semuanya terbongkar setelah Lin yang sedar pada Mei tahun lalu
baru-baru ini mendedahkan penyebab sebenar dia koma adalah kerana
dibelasah oleh Liu.
Selain itu, Lin juga turut berkata Liu turut beberapa kali mengugutnya.
Laporan dari Telegraph menyebut, Lin sudah sedar 10 bulan lalu, namun
tidak menamakan siapa yang menyerangnya kerana terlalu takut dengan
akibat yang bakal menimpanya.
Lin mendakwa Liu menjaganya selama 8 bulan disebabkan rasa bersalah dan bukannya cinta.
Setelah mengetahui perkara itu, Bapa Lin kemudian membuat laporan polis.
Pasangan tersebut menjalankan perniagaan bakeri dan Lin mendedahkan dia
dipukul selepas bertengkar mengenai roti yang dibakarnya hangus. - siakapkeli.my/
No comments:
Post a Comment