Saturday, 26 September 2015

Pemuda Tiba-Tiba ‘Dirasuk’, Bersilat Dalam Masjid




JIKA di Malaysia, kita digemparkan dengan insiden seorang jemaah menampar Imam II Masjid Negara ketika sedang solat Jumaat baru-baru ini.

Sementara di Singapura pula, kecoh dengan cerita mengenai seorang pemuda yang ‘dirasuk’ secara tiba-tiba dan bersilat di dalam sebuah masjid.

Kejadian haru-biru tersebut sempat dirakamkan jemaah dan video berkenaan mula menjadi viral menerusi media sosial di republik itu baru-baru ini.

Memetik laporan BERITAMediaCorp, kejadian itu berlaku di Masjid Al Khair, pada hari Selasa lalu sebelum jemaah mengerjakan solat fardu Zohor.

Tidak tahu apa puncanya, lelaki yang sedang histeria itu dilihat mula ‘buka langkah’ menunjukkan aksi silatnya sambil memekik-mekik di dalam dewan masjid.


Berikutan itu, seorang imam masjid dilihat bertindak pantas segera melaungkan azan sebagai usaha bagi menenangkan pemuda tersebut.

Menerusi rakaman video itu, setelah beberapa minit dirasuk, pemuda itu kemudian ditangkap serta ditenangkan oleh para jemaah dan kakitangan masjid.

Difahamkan, pemuda tersebut dibenarkan keluar meninggalkan masjid yang terletak di Choa Chu Kang itu sejurus selepas dia berjaya ditenangkan.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al Khair, Rashid Ramli mengesahkan kejadian ‘rasuk’ tersebut. Masjid yang dibuka sejak 1960-an itu boleh memuatkan 3,300 jemaah.

Menurutnya, ini bukanlah kejadian histeria pertama berlaku di situ kerana sebelum ini terdapat seorang perempuan turut dirasuk ketika berada dalam masjid itu. – MYNEWSHUB.CC

Selepas “Runtuhan” dan “Rempuhan” kini dapur jemaah Mesir pula terbakar.


VIDEO PressTV News

Mina: Tiada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kebakaran di khemah penempatan jemaah haji Mesir, di sini, yang berlaku pada lewat petang semalam. 

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata punca kebakaran dipercayai bermula dari sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu.


“Tabung Haji ingin memaklumkan tiada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kebakaran itu.

“Semua ahli keluarga jemaah haji di Malaysia tidak perlu risau kerana semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Pada Khamis lalu, jemaah haji di sini dikejutkan dengan kejadian rempuhan yang mengorbankan lebih 717 nyawa dan lebih 800 lagi mengalami kecederaan.

sumber : hmetro.com.my/

Proton memberi Tawaran istimewa



KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd akan mengadakan karnival bagi rakyat Malaysia untuk menikmati dan merasai sendiri kenderaannya, karnival itu merupakan lanjutan daripada Ulang Tahun ke-30 Proton tahun ini.

Karnival Alami Proton 2015 akan dianjurkan selama dua hari bermula 3 Oktober di pusat Shah Alam, ia akan menyediakan pelanggan dengan pakej pemilikan yang menarik, rebat khas ke atas kereta yang terpilih, kelulusan segera untuk pembiayaan sewa beli dan nilai tukaran yang lebih tinggi bagi kereta terpakai.

"Promosi sempena ulang tahun ke-30 ini juga disediakan untuk mereka yang layak di mana pelanggan masih boleh menikmati kadar faedah 1.99 peratus setahun ke atas Proton Iriz dan 100 peratus skim pembiayaan untuk kakitangan kerajaan dan banyak lagi.

"Yang paling menarik, semua pemilik baharu Proton, akan dilindungi di bawah promosi jaminan lanjutan tujuh tahun," kata pembuat kereta nasional itu dalam satu kenyataan.

Pengunjung ke Karnival Alami Proton juga akan berpeluang untuk pandu uji pelbagai kereta Proton seperti Saga, Persona, Prevé, Exora dan Iriz.

Vendor-vendor Proton yang menyediakan perkhidmatan bukan sahaja kepada Proton tetapi pengeluar multinasional yang lain juga akan turut membuka gerai bagi memaparkan kepakaran teknikal dan keupayaan mereka.

Maklumat lanjut mengenai karnival ini boleh diperolehi di www.proton.com atau halaman facebook Proton, www.facebook.com/ProtonCars. - Bernama

sumber : sinarharian.com.my

Friday, 25 September 2015

Gagal melarikan wang, setelah meletupkan dua buah mesin juruwang ATM.

KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai meletupkan dua buah mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di Taman Midah di sini pagi Jumaat, namun mereka tidak dapat melarikan wang yang terdapat dalam mesin tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, dalam kejadian 4.19 pagi itu, separuh daripada dinding kaca bilik yang menempatkan mesin ATM tersebut turut pecah.

Beliau berkata kejadian tersebut disedari pengawal keselamatan yang berada  dalam ruang pejabat bank berkenaan yang ternampak dua lelaki dalam lingkungan 20-an sedang melakukan sesuatu kepada mesin berkenaan.

"Pengawal keselamatan itu kemudiannya menghubungi pihak polis dan pada masa yang sama dia terdengar bunyi letupan dan alat penggera di bank itu segera berbunyi. Pengawal tersebut kemudiannya melihat kedua-dua suspek melarikan diri," katanya.

Chong berkata pemeriksaan kemudiannya mendapati tiada wang dalam mesin yang rosak itu hilang.—Bernama

sumber : mstar.com.my/

Dua lelaki maut dalam keadaan mengerikan


KEADAAN kereta dinaiki Mohd Jaham selepas bertembung dengan sebuah motosikal.

Gua Musang: Dua lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta sebelum mereka tercampak dari jambatan setinggi lima meter dan jatuh di atas landasan kereta api di Kilometer 1, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 11.40 pagi, penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, Shin Chee Hong, 31, serta pemboncengnya, Chua Teik Beng, 42, maut di tempat kejadian.

Tangan kanan salah seorang mangsa terputus dalam kemalangan itu akibat dirempuh kereta terbabit.
Dua mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini, untuk dibedah siasat. 

Pemandu kereta jenis Toyota Corolla itu, Mohd Jaham Abd Hamid, 32, mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Krai.

sumber : hmetro.com.my/

Jemaah tak ikut arahan punca tragedi?


Insiden rempuhan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi (waktu tempatan) ketika jemaah haji sedang melakukan ibadah melontar di Jamrah hari ini. - Sumber Foto Jabatan Pertahanan Awam Saudi

MINA - Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled Al-Falih dalam satu kenyataan menyalahkan jemaah haji yang tidak berdisiplin sebagai punca insiden rempuhan yang sehingga kini mengorbankan 717 orang.

Menurutnya, tragedi malang itu tidak akan berlaku sekiranya jemaah mengikuti arahan yang telah ditetapkan.

 "Banyak jemaah bergerak tanpa menghormati jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ini adalah punca utama tragedi rempuhan itu.

"Jika mereka mengikuti arahan, kemalangan sebegini dapat dielakkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Rombongan Jemaah Haji Iran, Saeed Ohadi dipetik AFP pula menyalahkan pengurusan Arab Saudi yang bertindak menutup banyak laluan di Mina sehingga memaksa ratusan ribu jemaah terpaksa mengikuti satu laluan yang sama secara serentak.

Ohadi berkata, penutupan laluan menyebabkan tinggal hanya tiga laluan ke kawasan melontar.

"Kejadian hari ini menunjukkan salah urus dan kurangnya perhatian yang serius terhadap keselamatan jemaah. Tidak ada penjelasan lain. Pihak berkuasa Arab Saudi harus bertanggungjawab," katanya.

Jemaah Iran antara yang paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan itu dan sehingga kini, seramai 43 jemaah Iran dilaporkan maut, manakala 60 lagi cedera.

sumber : sinarharian.com.my/

Thursday, 24 September 2015

Rempuhan manusia di Mina. Kematian meningkat

Kematian dijangka meningkat. -Foto‎ Jabatan Pertahanan Awam Saudi

MINA - ARAB SAUDI . Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 220 orang.

Manakala, jumlah umat Islam yang cedera di  Mina adalah 450 orang.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.

Jabatan Pertahanan Awam Saudi berkata, lebih 4000 anggota keselamatan diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

sumber : sinarharian.com.my/

Fenomena Ribut taufan siklon bawa semula jerebu


FENOMENA ribut taufan siklon di timur Filipina yang berlaku semalam telah menolak angin dan dijangka membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan siklon di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai semalam. 

Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, kawasan terlibat di Semenanjung Malaysia termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak.

“Kawasan-kawasan ini akan me­nerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku,” katanya kepada Bernama di sini semalam. 

Beliau berkata, terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah. 

sumber : kosmo.com.my/