Tuesday 22 September 2015

Pemuda MCA juga tidak menyokong Najib.


Chow Hui

JOHOR BAHRU - Pemuda MCA Pasir Gudang kekal dengan pendiriannya untuk tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas dasar mempertahankan isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang turut diheret dalam Perhimpunan Merah, 16 September lalu.

Ketuanya, Chia Chow Hui mengulangi ketetapan tersebut yang diambil kerana ketidakpuasan terhadap kenyataan Najib yang menyuarakan sokongan terhadap perhimpunan yang menganggap telah berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi.

"Tidak (sambil menggelengkan kepala, apabila ditanya mengenai desakan permohonan maaf) dan akan tetap pendirian memutuskan hubungan dengan PM.

"Pada PRU 1999 dan 2014, BN mendapat sokongan masyarakat Cina maka tidak betul bahawa semua orang Cina tidak menyokong BN selama ini," katanya.

Akuinya, tindakan yang dilakukan adalah suara orang muda MCA di Pasir Gudang selepas mengadakan mesyuarat kelmarin selain membuat laporan polis mengenai sepanduk yang menyentuh isu SJKC, pada malam 16 September.

"Sepanduk menghapuskan SJKC itu sesuatu yang melampaui batas yang juga boleh mengheret kepada perpecahan kaum.

"Kita mahu pihak bertanggungjawab atau individu ini disiasat dan  dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

Tegasnya, apa yang disuarakan tersebut tidak berniat memainkan isu perkauman sebaliknya  terus  menghormati semangat setiakawan dalam BN dan pemimpin selain sedia menarik balik pendirian dibuat selepas tindakan sewajarnya dikenakan ke atas pelaku.

sumber : sinarharian.com.my

1 comment:

Anonymous said...

Sepatutnya semua Jemaah menteri terutamanya yang lantang mempertahankan tindakan Najib ini disiasat oleh SPRM kerana seolah-olah ada unsur-unsur rasuah dalam menidakkan kebenaran. Rakyat Malaysia kini telah hilang kepercayaan dan keyakinan kerajaan Be-End kecuali beberapa orang yang telah mendapat 'upah'.Sekarang ini Rakyat Malaysia merasa hairan akan tindakan beberapa agensi kerajaan yang akan mengambil tindakan kepada individu-individu yang ingin membongkarkan kesalahan-kesalahan Be-End terutamanya Najib dengan dakwaan 'menggunggat demokrasi berparlimen'. Ketua agensi berkenaan juga harus disiasat samaada terdapat unsur-unsur penyalahgunaan kuasa berlaku.