Friday, 25 September 2015

Gagal melarikan wang, setelah meletupkan dua buah mesin juruwang ATM.

KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai meletupkan dua buah mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di Taman Midah di sini pagi Jumaat, namun mereka tidak dapat melarikan wang yang terdapat dalam mesin tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, dalam kejadian 4.19 pagi itu, separuh daripada dinding kaca bilik yang menempatkan mesin ATM tersebut turut pecah.

Beliau berkata kejadian tersebut disedari pengawal keselamatan yang berada  dalam ruang pejabat bank berkenaan yang ternampak dua lelaki dalam lingkungan 20-an sedang melakukan sesuatu kepada mesin berkenaan.

"Pengawal keselamatan itu kemudiannya menghubungi pihak polis dan pada masa yang sama dia terdengar bunyi letupan dan alat penggera di bank itu segera berbunyi. Pengawal tersebut kemudiannya melihat kedua-dua suspek melarikan diri," katanya.

Chong berkata pemeriksaan kemudiannya mendapati tiada wang dalam mesin yang rosak itu hilang.—Bernama

sumber : mstar.com.my/

No comments: