TAN menunjukkan gambar wanita yang mengugut mahu menyebarkan
gambar bogelnya.
Kuala Lumpur: 'Tak bogel maka tak
cinta.' Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya membuatkan seorang lelaki kini
menyesal selepas menjadi mangsa ugutan seorang wanita yang merakamkan gambar
bogelnya.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai
John Tan, 30, berkata, dia mengenali suspek menerusi laman sosial Facebooknya
sebelum mangsa mengajaknya membuat panggilan video menggunakan laman Skype.
Menurutnya, wanita yang menggunakan
nama Sabrina Leung itu meminta bayaran RM10,000 dan mengugut akan memuat naik
video mangsa ke laman sosial untuk tontonan umum sekiranya gagal membayar wang
berkenaan.
Tan berkata, pada mulanya tidak
menghiraukan ugutan itu namun terkejut apabila mendapati video aksi bogelnya
sudah dimuat naik ke Youtube.
Tan mengaku dia terpedaya disebabkan
riak wajah wanita itu yang cantik selain mempunyai tubuh badan menarik.
sumber : hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment