Kematian dijangka meningkat. -Foto Jabatan Pertahanan Awam
Saudi
MINA - ARAB SAUDI . Angka kematian dalam insiden rempuhan
manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 220 orang.
Manakala, jumlah umat Islam yang cedera di Mina adalah 450 orang.
Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.
Jabatan Pertahanan Awam Saudi berkata, lebih 4000 anggota keselamatan diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu.
Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.
Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

sumber : sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment