KEADAAN kereta dinaiki Mohd Jaham
selepas bertembung dengan sebuah motosikal.
Gua Musang: Dua lelaki maut dalam
keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah
kereta sebelum mereka tercampak dari jambatan setinggi lima meter dan jatuh di
atas landasan kereta api di Kilometer 1, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini,
semalam.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi,
penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, Shin Chee Hong, 31, serta
pemboncengnya, Chua Teik Beng, 42, maut di tempat kejadian.
Tangan kanan salah seorang mangsa
terputus dalam kemalangan itu akibat dirempuh kereta terbabit.
Dua mayat mangsa kemudian dibawa ke
Hospital Gua Musang, di sini, untuk dibedah siasat.
Pemandu kereta jenis Toyota Corolla
itu, Mohd Jaham Abd Hamid, 32, mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan
lanjut di Hospital Kuala Krai.
sumber : hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment