Thursday 24 September 2015

Fenomena Ribut taufan siklon bawa semula jerebu


FENOMENA ribut taufan siklon di timur Filipina yang berlaku semalam telah menolak angin dan dijangka membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan siklon di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai semalam. 

Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, kawasan terlibat di Semenanjung Malaysia termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak.

“Kawasan-kawasan ini akan me­nerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku,” katanya kepada Bernama di sini semalam. 

Beliau berkata, terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah. 

sumber : kosmo.com.my/

No comments: