Saturday, 15 August 2015

Proton lancar varian saga terbaharu

PROTON Holdings Bhd hari ini melancarkan varian terbaharu Saga iaitu Saga Plus bagi menggantikan edisi Saga SV yang berada di pasaran sekarang.

Kereta sedan yang boleh dilihat di semua bilik pameran Proton mulai esok, dilengkapi lima ciri-ciri tambahan tanpa caj tambahan, sekaligus menjadikannya amat berbaloi untuk dimiliki, kata Proton dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, dengan kehadiran Saga Plus, Proton akan mengecilkan varian Saga dengan menamatkan pengeluaran varian Eksekutif dan SE.

"Saga Plus didatangkan dengan lima perubahan luaran iaitu rim aloi 14 inci, kit badan penuh, spoiler, tanda gred 'Plus' dan warna hiasan belakang," katanya.

Ketua Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, penggunaan perkataan ‘Plus’ itu juga bagi memaparkan ciri-ciri tambahan model Saga SV sedia ada berkenaan.

"Model itu memaparkan aspek luaran varian Saga Executive namun mengekalkan lingkungan harga SV. Ini bermakna tiada sebarang peningkatan harga biarpun memiliki kereta yang ciri-cirinya dipertingkatkan," katanya.

Abdul Harith berkata, rekaan Saga Plus itu tidak hanya menarik untuk kalangan yang berkeluarga kecil, tetapi juga golongan belia dan eksekutif muda yang baharu saja melangkah ke dunia pekerjaan.

"Proton yakin Saga Plus itu akan terus menjadi tarikan untuk pembeli yang mencari kenderaan jenis sedan dan berbaloi untuk wang serta menepati kehendak mereka," katanya.

Saga Plus yang berkuasa enjin Campro IAFM 1.3 liter, didatangkan dalam jenis transmisi manual dan CVT manakala harganya serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit. - Bernama

Awang Hitam Di Cekup



Nilai: Tujuh individu termasuk empat lelaki dan dua wanita warga Nigeria ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman di sebuah rumah di Bandar Universiti Teknologi Mantin, di sini, selepas disyaki mendalangi sindiket penipuan ‘Nigerian Parcel’ dan ‘Love Scam’, kelmarin. 

Sumber berkata, suspek berusia 21 hingga 33 tahun itu dicekup dalam Op Tiang sebaik memperdaya seorang pegawai syarikat penghantaran barang di Klang, Selangor antara Mei hingga Jun lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, mangsa, wanita berusia 37 tahun kerugian lebih RM75,000 apabila memasukkan wang secara berperingkat di sebuah bank di Jalan Batu Unjur, Bukit Tinggi, Klang. 

Menurutnya, suspek mengenali mangsa menerusi laman sosial sebelum mendakwa menetap di United Kingdom dan mahu memberikannya hadiah.

Beliau berkata, untuk mendapatkan hadiah bernilai AS$150,000 (RM600,000), mangsa diminta memasukkan wang secara berperingkat sehingga jumlahnya mencecah lebih RM75,000. 

“Pada hari terakhir menuntut hadiah, suspek tidak menjawab panggilan menyebabkan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 15 Jun lalu.

“Berdasarkan laporan, polis mengatur strategi sebelum menahan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun di sebuah premis di Mantin semalam (kelmarin). 

“Penahanan wanita itu membolehkan enam lagi suspek warga Nigeria ditangkap di sebuah rumah di Bandar Universiti Teknologi Mantin kira-kira jam 4 petang,” katanya.

Sumber berkata, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sebelum itu memburu suspek di Puchong, Selangor, namun mereka melarikan diri ke Mantin. 

“Ketika ditahan, suspek cuba melawan hingga berlaku pergelutan, namun mereka diberkas,” katanya.
Katanya, polis merampas pelbagai telefon bimbit, komputer riba, kad bank dan kad kredit. 

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya mengesahkan tujuh individu termasuk enam warga Nigeria yang mendalangi sindiket itu ditahan.

sumber : hmetro.com.my

Friday, 14 August 2015

Anggota Tentera Maut, Seorang Lagi Cedera

Gambar fail operasi Pasukan Gerakan Am di Felda Sahabat.


KOTA KINABALU: Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan rakan setugas mereka di Khemah Pos Tentera, Felda Sahabat 22, dekat Lahad Datu, tengah malam Rabu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata, dalam kejadian pada 12.30 tegah malam itu anggota yang terbunuh dikenali sebagai Koperal Raju Karno Rano Karno, 30, manakala anggota yang cedera dikenali sebagai Koperal Julian Anak Janang.

Katanya, Raju Karno yang mengalami kecederaan di bahagian leher meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Julian mengalami kecederaan di bahagian paha.

"Kejadian itu bermotifkan salah faham dan tidak ada unsur-unsur melibatkan serangan pihak luar. Suspek beranggapan dirinya telah dipulaukan oleh rakan-rakannya lalu mengambil tindakan melepaskan tembakan rambang," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurut Awang Sahari, suspek berumur 22 tahun itu telah ditahan manakala sepuncuk senapang M4 Carbain serta satu kelopak mengandungi 22 butir peluru hidup dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber : mstar.com.my

Thursday, 13 August 2015

Dahulu semasa Dr M jadi PM bagus sangat kah?....

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti dari terus menerus menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana Tun Mahathir lupa rekod beliau sewaktu mentadbir negara dulu juga adalah teruk.


“Saya ingat Dr Mahathir ini telah lupa. Dia rasa masa dia jadi perdana menteri dulu OK sangat, bagus sangat… masa dia itulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya.

“Ini rekod dia pun teruk kemudian nak kata tidak ada demokrasi. Kalau tidak ada demokrasi, lama dah blog dia ditutup,” katanya ketika diminta mengulas tulisan di blog Tun Mahathir bahawa demokrasi telah mati di Malaysia.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat Najib dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


'Dr M dulu guna ISA'

Mengulas lanjut, Nazri berkata Tun Mahathir kini bercakap tidak berasaskan pertimbangan waras dan kerap kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat dendam.

“Oleh kerana dendam kesumatnya kepada perdana menteri sekarang dia keluarkan kenyataan berdasarkan kepada kemarahan bukan pertimbangan yang waras.



“Biarlah dia dengan kemarahan dia, tidak usah layanlah. Saya pun dah lama tak ambil tahu apa yang dia cakap,’ ujarnya.

Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Tun Mahathir bahawa perhimpunan jalanan langkah terakhir untuk perdana menteri meletakkan jawatan ini jawab Nazri:

“Saya nak tanya dia balik masa dia jadi perdana menteri dulu dia layan ke perkara ini?

“Bukankah dia yang telah menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba untuk memporak-perandakan kerajaan,” jelasnya.

BERSIH 4 merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan.


sumber : malaysiakini.com  

Wednesday, 12 August 2015

Orang Terkaya Arab Saudi Tak Mahu Duit

Putera Alwaleed Bin Talal membuat keputusan untuk menderma kesemua harta kekayaannya kepada kerja-kerja amal.


RIYARD (Arab Saudi): Putera Alwaleed bin Talal yang disifatkan sebagai orang terkaya di Arab Saudi membuat keputusan untuk menderma kesemua hartanya yang berjumlah AS$32 bilion kepada kerja-kerja amal.

Putera Alwaleed, 60, juga disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai manusia yang ke-34 terkaya di dunia.
Putera itu berkata, dia memperolehi inspirasi daripada manusia terkaya di dunia Bill Gates yang membentuk sebuah yayasan pada 1997 untuk tujuan melakukan kerja-kerja amal.

"Saya berhasrat menggunakan wang simpanan saya untuk mengukuhkan pemahaman mengenai budaya, meningkatkan taraf wanita dan menghulurkan bantuan kepada bencana alam atau malapetaka," katanya sepertimana yang dipetik oleh BBC.

Bill Gates dalam respon segeranya mengalu-alukan langkah yang akan diambil oleh Putera Alwaleed itu.
Sebagai permulaan, Alwaleed telah pun menghulurkan AS$3.5 bilion kepada tabung khas yang dibentuknya untuk kerja-kerja amal ini.

Beliau kini mempengerusikan Kingdom Holding iaitu sebuah firma pelaburan yang mempunyai kepentingan di dalam rangkaian hotel seperti Four Seasons, Fairmont dan Raffles.

Putera itu turut mempunyai kepentingan dalam organisasi media seperti News Corp, perbankan seperti Citigroup, malah di dalam Twitter dan juga Apple.

Dan sebagai orang Islam, kata Alwaleed, beliau wajib menderma.

sumber : mystar.com.my

Tuesday, 11 August 2015

Ringgit Malaysia terus Menjunam Menghampiri RM4 sedolar



Nilai ringgit terus menghampiri RM4 untuk AS$1.

Setakat 2.30 petang, laman kewangan Bloomberg menunjukkan matawang negara diniagakan pada RM3.9725 untuk setiap dolar Amerika Syarikat (AS).

Bernama sebelum ini melaporkan unit tempatan itu, kata peniaga, diseret turun oleh kejatuhan harga komoditi dan jangkaan rizab persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan.


Kemerosotan ringgit itu menyaksikan ia melepasi paras 3.93 sedolar untuk kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.

sumber : malaysiakini.com

Umno 'dikencing' Najib

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata tidak akan berundur daripada kedudukannya kerana tiga juta anggota parti itu berdiri di belakangnya.

Bagaimanapun, jika diperhalusi di peringkat akar umbi, suasananya mungkin tak seindah disangkakan.

Perkara itu antaranya tergambar dalam ucapan seorang anggota Wanita Umno, yang dilaporkan dilontarkan dalam mesyuarat Wanita Umno Langkawi pada Ahad.

Dalam ucapan keras dan bernada tinggi itu, Anina Saaduddin, tuan punya badan berkata tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa “kencing” Najib.

“Datuk Seri presiden dah kencing tiga juta ahli Umno. Dia kata tiga juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.

“Saya minta MT (Majlis Tertinggi) Umno bawa Datuk Seri Najib pi (pergi) berubat,” katanya.


Walaupun tampil garang, Anina bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tetap menyokong Umno walau apa yang berlaku.

“Saya sokong Barisan Nasional. Demi Allah saya Umno. Walau apa pun saya pangkah Barisan Nasional.

“Saya mengkritik kerana saya sayangkan Barisan Nasional. Saya sayangkan Umno,” katanya.

Justeru, beliau meminta kesetiaannya tidak dipertikai susulan ucapan itu.

“Jangan pertikai kesetiaan saya kepada Barisan Nasional kepada Umno tapi kita lihat kepada presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari. Setiap hari kencing kita,” katanya.

Daripada cara dan kualiti rakaman, ucapan Anina itu dipercayai dibuat dengan telefon bimbit.

Setakat berita ini ditulis, ia sudah ditonton lebih 200,000 orang.

sumber : malaysiakini.com

Monday, 10 August 2015

Tun Dr Mahathir, Derma? 2.6 bilion 'bulls**t'

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.

“Siapa dalam dunia ini akan dermakan  AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?

“Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.

"Dicadangkan ia daripada Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak semurah itu,” katanya.

Mahathir berkata dakwaan itu disifatkan orang ramai sebagai "hogwash or bulls**t" (mengarut atau tak masuk akal).

Katanya, perkara itu sudah menjadi bahan ketawa orang ramai..
 

sumber : malaysiakini.com.

Sah! Jumpa Serpihan Pesawat MH370 di Pulau Reunion!

Selepas 17 bulan lamanya tragedi pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS dikatakan hilang terhempas, akhirnya Perdana Menteri, Najib Razak tampil membuat pengumuman di mana mengesahkan serpihan pesawat yang penyiasat jumpa di Pulau reunion adalah milik kapak terbang Malaysia Airlines MH370.

Berita terkini MH370 melibatkan pengumuman Najib Razak telah dilakukan pada 2 pagi tadi di Pusat Dagangan Antarabangsa PWTC. Diharapkan dengan pengumuman dan penemuan demi penemuan akan melegakan sedikit sebanyak beban yang terpaksa ditanggung oleh waris mangsa penumpang MH370 selama ini.

Takziah kepada mana-mana pihak yang terlibat. Diharapkan dengan berita terkini MH370 ini, akan lebih banyak bahan bukti yang boleh dijumpai sekaligus merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 selama ini termasuklah kota hitam MH370.

Datuk Seri Najib Razak juga boleh meluangkan masa untuk merungkai misteri derma RM2.6 bilion yang terus menjadi tanda-tanya rakyat Malaysia pada ketika ini. Jangan dibiarkan tergantung begitu lama.

Ya Allah Ya tuhanku yang Maha Besar, tunjukkanlah kami kebenaran.

sumber : beritasemasa.com.my

Sunday, 9 August 2015

Adakah Derma RM2.6b Dana Dari Israel?

Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyatakan dengan jelas mengenai derma RM2.6 billion ke dalam akaun persendiriannya dan tidak memadai sekadar menyatakan ia berasal dari Timur Tengah.

Penganalisis politik dan pensyarah, Dr Maszlee Malik berkata, selain negara Arab, Israel juga termasuk dalam rantau Timur Tengah. 

“Kalau cakap dari Timur Tengah, sekarang kita tak tahu dari mana derma itu. Boleh jadi Israel kerana perdana menteri cakap dari middle east.

“Kalau bukan dari Israel, nyatakanlah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Padas 5 Ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa wang itu disumbangkan oleh pihak tertentu “dari Timur Tengah”.

Bagaimanapun SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti “penderma” tersebut.

Perkara sama turut diakui Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Derma OK tapi mesti telus


Maszlee berkata, bagi mengelak sebarang syak wasangka Najib tiada pilihan kecuali berterus terang mengenai identiti penderma itu.

Katanya, perdana menteri merupakan seseorang yang diharapkan semua pihak untuk mentadbir negara.

Justeru, katanya, seorang perdana menteri mesti bersikap telus.

Tambahnya lagi, ketelusan itu boleh dilihat di negara lain seperti AS apabila ahli politik dan pentadbir negara itu sering mendedahkan sumber sumbangan diperoleh. 

Namun, katanya, bagi mengelak salah faham wang sumbangan tersebut tidak dimasukkan ke akaun persendirian pemimpinnya. 

“Di AS sendiri mereka membenarkan derma tapi mestilah telus.

“Sekiranya ia tidak berlaku begitu, ia dilihat seperti tidak ada integriti,” katanya.

Sementara itu anggota Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, seorang pemimpin yang baik dan mempunyai kredibiliti harus jujur.

“Pemimpin yang baik, ada kredibiliti dan jujur harus nyatakan siapa yang menderma,” katanya.

Kata Wan Ji lagi, di zaman Nabi Muhammad amil pengutip zakat pun perlu memberitahu jumlah zakat yang diterimanya.

“Wang zakat pun perlu diberitahu jumlahnya, apatah lagi derma (RM 2.6 bilion) yang diterima seseorang pemimpin,” katanya.

sumber : malaysiakini.com