Saturday, 28 November 2015

Video pelajar diikat dan dibuli di UPNM jadi viral


KUALA LUMPUR, 28 November

Video mengenai seorang lelaki yang diganggu dan dibuli oleh beberapa individu menjadi viral dalam media sosial terutama laman Facebook. 

Video berdurasi selama seminit yang dikongsi di laman Facebook Wartawan Jalanan dipercayai dirakamkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang sepatutnya hanya membabitkan pelajar di institusi pengajian tinggi terbabit. 

Klip video itu menunjukkan mangsa, berpakaian kemeja putih dengan tangannya diletakkan di belakang badan, berulang kali ditampar dan ditumbuk pada tubuh dan muka mangsa oleh beberapa individu di tempat kejadian. 

Dapat dilihat di dalam video, mangsa yang diikat dengan rantai di lehernya, diseret oleh salah seorang pembulinya. 

“Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,” kedengaran perbualan antara dua lelaki yang dipercayai dirakamkan dalam insiden itu. 

Pada masa sama, dua lelaki lain yang berpakaian kemeja putih merangkak menggunakan perut mereka, pada saat-saat akhir rakaman video itu, dipercayai juga dibuli. 

Insiden dikatakan sebagai sebahagian daripada pelajar didera dengan pelajar senior mengganggu dan membuli mereka yang baru. 

Klip video itu mendapat kritikan pengguna internet yang terkejut dengan tingkah laku beramai-ramai itu. 

Pengguna Facebook, Norhasrizatun Nani meluahkan rasa terkejutnya terhadap tindakan keganasan dan mengkritik mereka yang merakamkan video itu yang disifatkan hanya mengabaikan dan menjadi penonton. 

“Saya tak faham dengan orang zaman sekarang, merakam sesuatu tanpa membantu. Menyakitkan hati betul dengan pemikiran orang seperti ini.” 

Seorang lagi pengguna, Fakhrul Radzim said: “Saya tidak percaya kami boleh memperlakukan orang lain seperti itu. Menjijikkan!” 

“Tengok pada bahagian akhir video, pelajar terpaksa merangkak menggunakan perut. Penderaan ini teruk, ini mesti pelajar baru,” komen pengguna Facebook, Mohd Faizal Redzuan yang kemudian membuat kesimpulan bahawa tindakan buli itu adalah sebahagian daripada tindakan biasa yang dibuat di universiti itu. 

Video yang dimuat naik awal hari ini, meraih 1,800 views dan hampir 30 perkongsian.



KES BULI SEMAKIN BERLELUASA DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA .SAKSIKAN SENDIRI .
Posted by Wartawan jalanan on Saturday, 28 November 2015
Read more: therakyatpost.com/

"Gempar" Hujan Berlian Di Hongkong


Masyarakat hongkong di gemparkan dengan penemuan butiran gemerlapan seperti berlian kecil jatuh dari langit yang di katakan sebagai berlian. 

Mereka berebut bahkan ada yang sampai mengait sampah untuk menemukan butiran kecil tersebut. 

Saksi mengatakan kepada Oriental Daily bahwa mereka telah mendengar seseorang berteriak "berlian!" saat mereka berjalan di sepanjang jalan yang sibuk. 

Kami awalnya merasa pelik mengapa orang ramai jongkok seperti mengutip sesuatu di sepanjang jalan,mereka seakan berebut ,sambungnya. 

kemudian setelah membuat penyelidikan laporan mengeluarkan bahwa yang di katakan berlian itu adalah merupakan kristal yang datang dari lagit bersama hujan yang turun. 

Tidak lama selepas itu  pihak polis menyebarkan berita itu dan terus mengamankan beberapa orang yang masih cuba mencari berlian tersebut. 

 

sumber : eberita.org/

“Menakjubkan” Dapat duit hanya dengan makan dalam online


SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang remaja Korea yang hanya makan secara online di depan webcam komputernya mampu menjana hampir £1,000 (RM4,500) setiap hari. 

Kebiasaanya, Kim Sung Jin, 14, akan menikmati makanan malam seperti pizza, ayam goreng dan makanan cina di dalam sebuah bilik kecil di kediaman keluarganya yang terletak di selatan Seoul dan ditonton oleh ribuan peminatnya. 

Malah Sun Jing bukan sahaja makan di depan webcamnya, malah turut berkomunikasi dengan palayar melalui siaran video langsung yang disiarkan di Afreeca TV. 

Rancangan Sun Jing yang lebih dikenali dengan nama Patoo mendapat jumlah tontonan yang ramai dan biasanya akan dibayar £1,000 (RM4,500) untuk setiap episod. 

Sun Jing akan makan di depan penonton hampir setiap hari sejak berumur 11 tahun. 

Menurutnya, pada mulanya dia makan secara online sebagai satu cara untuk mencari teman untuk menemaninya makan kerana ibu bapanya tinggal berjauhan dengannya. 

"Saya tinggal bersama datuk dan nenek yang biasanya akan makan malam awal menyebabkan saya sering keseorangan untuk makan,' katanya. 

Tambahnya lagi, rancangan itu juga menyebabkan dia dikenali ramai. 

" Ramai menyapa ketika bertemu di luar,' kata dipetik Dailymail. 

Di Korea Selatan, aplikasi video online Afreeca TV mempunyai lebih 8 juta pelayar setiap bulan dan mejadi sebahagian kepada kehidupan sosial kepada remaja. 

sumber : sinarharian.com.my/

Friday, 27 November 2015

Terkejut tiba-tiba ada RM342,044 dalam akaun bank


RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang lelaki terkejut selepas mendapati wang sebanyak SR303,000 (RM342, 044) dimasukkan ke dalam akuan peribadi miliknya. 

Enggan menggunakan wang berkenaan, lelaki tersebut kemudiannya menelefon pihak bank untuk mengetahui individu yang memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya. 

Menurutnya, dia diberitahu oleh pihak bank berkenaan, tiada sebarang kesilapan terhadap transaksi berkenaan. 

Walau bagaimanapun, dia yang masih tidak berpuas hati bertemu dengan pengurus bank tersebut yang terletak di pelabuhan timur Damman untuk mengenalpasti individu yang memasukkan wang berkenaan. 

"Selepas diteliti, pihak bank mendapati, kakitangan bank berkenaan telah melakukan kesilapan mendepositkan wang tersebut ke akaunnya yang sepatutnya dimasukkan ke pemilik akaun yang lain," katanya dipetik Emirates 24/7. 

sumber : sinarharian.com.my/

Wanita Jadi Penyelamat, Bantu Tangkap Peragut Baru Lepas Meragut


GEORGE TOWN: Tindakan pantas seorang wanita menghalang sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki yang baru meragut wanita lain dengan  menggunakan keretanya, berjaya menahan suspek berkenaan di Lebuh Chulia, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, peragut berusia 39 tahun berkenaan telah meragut seorang wanita berusia 58 tahun yang berada di tepi jalan.

"Semasa kejadian, wanita berkenaan sedang menunggu rakannya dan tiba-tiba datang sebuah motosikal ditunggang suspek, bertindak menarik beg tangan mangsa yang disangkut pada bahu kanannya.

"Ekoran kejadian itu, mangsa terjatuh dan mukanya terkena jalan sehingga menyebabkan kecederaan, dalam masa sama seorang pemandu kereta yang terlihat kejadian itu bertindak menghalang motosikal suspek," katanya di sini Jumaat.
Beliau berkata motosikal yang ditunggang lelaki itu terbabas sebelum dia terjatuh dan ditahan oleh orang ramai sebelum menyerahkannya kepada polis.

Mior Faridalatrash berkata mangsa wanita yang cedera dan luka di tangan dan di lutut kanan serta patah gigi depan itu mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Pulau Pinang.

Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

"Polis percaya lelaki itu aktif menjalankan kegiatan samun dan ragut di sekitar daerah ini," katanya menambah lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan cedera.

"Polis amat menghargai peranan dan keberanian yang ditunjukkan masyarakat dalam sama-sama membanteras kes jenayah...penjenayah akan sedar tindakan mereka bukan sahaja dipantau polis tetapi juga masyarakat awam," katanya.
 

sumber : mstar.com.my/

Maria Farida kahwin Datuk R kerana poket tebal.


Beberapa hari lepas ada tersebar khabar angin yang mendakwa pelakon yang masih lagi bergetah iaitu Maria Farida akan berkahwin dengan rakan karibnya yang berpangkat Datuk..

Semalam, Maria dah pun bergelar isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai Datuk Rahman yang sebelum ini adalah bekas suami kepada Karen Rahman iaitu pengasas kepada produk kecantikan KR Beauty Care..

Sebelum ini pun pernah kecoh bila seorang wanita mengakui isteri Datuk Rahman tampil di laman sosial mendakwa Maria merampas suaminya.. Tapi, Maria menafikan dakwaan itu, dia menegaskan pasangan itu bercerai sebab masalah peribadi dan tiada kaitan dengannya..

Walaupun, dah selamat bernikah dengan Datuk Rahman, masih ada antara peminat yang berbalah sesama sendiri  bila dapat tahu umur sebenar Datuk Rahman.. Bagi dorang perbezaan umur Maria dan suaminya, adalah tak  sesuai.. Umur suami Maria ialah 62 tahun..

Maria berkahwin dengan suaminya tu bukan sebab cinta, tapi sebab suaminya tu berpangkat Datuk dan paling penting ‘poket tebal’.. Ada yang mempertahankan Maria dan ada juga tampil memberi komen negatif..

Apapun, dorang dah sah menjadi suami isteri.. Mungkin dah jodoh mereka, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka.. Miss A ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan..


Miss A/UtaraNews.com