Tuesday 24 November 2015

1MDB antara 5 syarikat catat peningkatan 100% sebelum cukai

Laporan Audit Negara siri ketiga yang dikeluarkan hari ini menyatakan, syarikat pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merekodkan peningkatan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2013 yang signifikan dengan peningkatan melebihi 100 peratus iaitu RM877.67 juta berbanding 2012 (RM44.72 juta).

Laporan Audit Negara siri ketiga yang dikeluarkan hari ini menyatakan, syarikat pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merekodkan peningkatan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2013 yang signifikan dengan peningkatan melebihi 100 peratus iaitu RM877.67 juta berbanding 2012 (RM44.72 juta).
 

Menurut laporan itu lagi, keuntungan ini disumbangkan oleh perolehan hasil daripada sektor tenaga dan pendapatan daripada pajakan kewangan serta penilaian semula hartanah.

Empat syarikat lain yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai tertinggi adalah Petroliam Nasional Berhad (RM94,258 bilion), Khazanah Nasional Berhad (RM4,648.9 bilion), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM494.7 juta) dan Pembinaan BLT Sdn. Bhd. (RM441.18 juta). 

1MDB juga tersenarai dalam lima syarikat yang mencatatkan pendapatan tertinggi pada tahun 2013 sebaris dengan Petroliam Nasional Berhad, Khazanah Nasional Berhad, Felcra Berhad dan Pembinaan BLT Sdn Bhd.

Bagi tempoh tahun 2012 hingga 2014, sejumlah RM3.79 bilion geran mengurus dan RM2.14 bilion geran pembangunan disalurkan masing-masing kepada 18 dan 8 Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). 

1Malaysia Development Berhad menerima penyaluran geran pembangunan berjumlah RM1,086.50 bilion.
Analisis Audit terhadap penyata kewangan yang diaudit untuk 60 syarikat MKD mendapati portfolio pelaburan telah diuruskan dengan teratur selaras dengan objektif penubuhan Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan. 

Selain itu, pengurusan dan pemantauan tadbir urus korporat telah mematuhi dasar syarikat MKD.
Laporan Audit mengesyorkan, pemantauan berterusan dibuat terhadap kedudukan kewangan syarikat serta syarikat yang tidak mencapai KPI memberikan justifikasi yang jelas.

Sumber : therakyatpost.com/

No comments: