Melihatkan lambungan harga rumah hari ini, ditambah kos sara hodup dan harga barang yang semakin menghimpit, Cuepacs Malaysia melihatkan ia perlu ditangani dan dibantu melibatkan 1.6 juta kakitangan awam yang berada di bawah tanggungjawab Cuepacs untuk dijaga kebajikan mereka.
Dengan harga rumah di Malaysia yang terus melambung tinggi, tidak cukup dengan hanya kemudahan kadar faedah pinjaman perumahan yang Berita Semasa boleh katakan tidak membebankan, kemudahan pinjaman yang lebih mudah berbanding kakitangan swasta ataupun yang menjalan perniagaan. Namun, kemampuan kakitangan awam untuk membeli rumah semakin berkurangan hari ini.
Cuepacs melihatkan situasi di mana masih ramai lagi penjawat awam yang tidak mampu beli rumah pertama, dan mereka ini harus dibantu. Oleh itu Cuepacs berharap melakukan sesuatu daripada sekarang termasuklah cadangan dan usul ini antara lain ialah :
Tuntutan Cuepacs : Rebat Beli Rumah?
Cuepacs mengatakan untuk harga rumah
RM180,000 contohnya sejumlah RM30,000 terpaksa dibelanjakan dalam tempoh
pembinaan melibatkan bahan-bahan binaan dalam bentuk cukai GST
Oleh itu Cuepacs sarankan RM30,000 yang telah dibelanjakan untuk
untuk bayar cukai GST tidak diambil oleh kerajaan Malaysia dengan cara berikan
rebet dan diskaun kepada pembeli rumah pertama.
Ini bakal membolehkan penjawat awam ada
lebihan tunai yang boleh dibelanjakan untuk membeli keperluan rumah mereka
sendiri kelak.
Mungkin boleh dipertimbangan “zero
interest” kepada pembeli rumah pertama? Mungkin?
Apa kata anda dengan tuntutan terbaru
Cuepacs ini yang mahukan rebat beli rumah diberikan pembeli rumah pertama? Atau
anda ada cadangan lain?
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment