Monday, 23 November 2015

Berang suami curang, isteri jual rumah

Laura

BIRMINGHAM - BRITAIN . Seorang isteri bertindak menjual rumah kediaman mereka bagi membalas dendam terhadap suaminya yang mempunyai hubungan dengan wanita lain. 

Lelaki berkenaan, Craig Arnold terkejut selepas mendapati kediamannya dihuni beberapa pelajar sebaik pulang dari urusan perniagaan di New York. 

Selepas diselidiki, Craig diberitahu, isterinya Laura telah menjual kediaman milik mereka kerana kecewa dengan tindakannya yang curang. 

"Semua perabot milik Laura telah tiada dan hanya sebuah kerusi serta meja peninggalan bapanya sahaja masih ada di dalam rumah tersebut," katanya.

Laura, 42, menyedari kecurangan suaminya itu selepas membaca mesej pesanan ringkas dari seorang wanita di telefon bimbit milik suaminya. 

Memetik Metro.uk, Laura menjual kediaman milik mereka tanpa rasa bersalah kerana wang yang digunakan untuk membayar pinjaman perumahan itu adalah daripada kedua ibu bapanya. 

sumber : sinarharian.com.my/

No comments: