Wednesday, 25 November 2015

(Video) Sebuah Audi Berebut Lorong Dengan MPV, Masing-Masing Tidak Mahu Mengalah

Memandu kereta tidak kira mahal atau murah bukanlah melambangkan tahap pemikiran seseorang kerana kadang-kadang orang yang memandu kereta mahal itu sebenarnya lagi 'sengkek' dari orang yang memandu kereta biasa.

Sikap dan mentaliti sebenarnya ada kepada pemandu itu sendiri, kali ini kami kongsikan sebuah video yang menunjukkan dua buah kereta yang dipandu oleh dua orang yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah kerana masing-masing tidak mahu mengalah di dalam kesibukan jalanraya.

Gelagat dua pemandu sebuah kereta jenias Audi A5 Sportback(berdasarkan pemerhatian SK, resolusi video sedikit teruk) dan sebuah MPV kecil dilihat melakukan aksi kebudak-budakan apabila mereka masing-masing tidak mahu mengalah.

Punca kejadian tidak dapat dipastikan, mungkin salah sebuah kereta telah memotong "queue" atau salah sebuah kereta telah masuk dari lorong sebelah tetapi tidak dibenarkan.

Berdasarkan video, kelihatan dua buah kereta ini saling himpit menghimpit dan rapat dengan kereta depan kerana tidak mahu mengalah yang menyebabkan mereka 'kalah' jika berjaya dipotong.

Kedua-dua mereka dilihat menolak dan mengelak ke kiri dan ke kanan dan akhirnya apabila kereta Audi berkenaan dilihat 'naik angin' menyebabkan dia cuba menghentam kereta MPV berkenaan dan dia masuk ke lorong lain menyebabkannya hampir-hampir terlanggar sebuah lori kontena.
 

Pemandu Audi tersebut dilihat menggunakan berat keretanya sebagai kelebihan dan terus menghantam tepi kereta MPV tersebut, tetapi 'si kecil' ini tetap tidak mengalah dengan ia dilihat cuba kembali menghimpit. 

Akhirnya, 'permainan' ini tamat selepas Audi berkenaan menghimpit MPV tersebut ke tepi jalan dan kereta terhenti. Apa yang berlaku selepas kejadian dirakam tidak dapat dipastikan.


sumber  - Siakapkeli.my

No comments: