Bagaimanapun, muncul pula cerita kurang enak yang mendakwa
sistem pembayaran elektronik ini tidak telus dan menyebabkan kerugian
kepada pengguna.
Antara yang berasakan dirinya menjadi mangsa, seorang pengguna Facebook
yang mendakwa sistem itu telah mengenakan cas sebanyak RM6 dan bukan harga asal
tol yang patut dibayar iaitu RM1.30.
Menurut Fifi Athirah, dia dikenakan lebihan cas sebanyak RM4.70.di tol
Semenyih, Selangor.
“Masa lalu lorong Touch ‘n Go untuk pembayaran dia tolak RM6.00 dan
baki saya tinggal RM4.10. Sepatutnya ada RM10.10 – RM1.30 = RM8.80.
“Boleh tak saya claim balik ‘RM4.70’ = RM6.00 – RM1.30. walaupun
nilainya kecil bagi orang lain, bagi saya pengguna setia tol setiap hari amat
bermakna nilai tersebut,” luahnya menerusi laman Facebook.
Jelasnya, mengikut kebiasaan setiap hari dia akan membayar tol sebanyak
RM9.80 untuk pulang dan balik kerja, namun akibat insiden ‘overcharge’
tersebut, pergi kerja sahaja bayaran tol yang dikenakan padanya adalah RM9.60.
Kecewa dengan hal itu, Fifi berharap sistem pembayaran diselenggara dengan
lebih baik agar kejadian sama tidak berulang lagi.
Lebih parah, ada yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM56 apabila menggunakan kad Tonch n Go.
Menurut seorang pengguna lebuhraya yang tidak mahu dikenali, kejadian ‘overcharge’ ini kebiasaannya berlaku apabila skrin pada baki Touch n’ Go tidak dipaparkan.
Oleh itu, pengguna diminta berhati-hati dan sentiasa memeriksa baki Touch ‘n Go anda.
sumber : mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment