Wednesday, 25 November 2015

“Aku gila, tak payah tahan aku”

Sepasang kekasih yang dikesan melakukan perbuatan tidak sopan di kawasan berhampiran Jeti Marina.

BANDARAYA MELAKA - “Aku gila, tak payah tahan aku,” kata seorang pondan bagi mengelak dirinya ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam operasi di sini, kelmarin. 

Lelaki berusia 35 tahun meronta-meronta supaya dilepaskan, turut memberi alasan mengambil ubat dan dalam rawatan doktor ketika tangkapan dibuat kira-kira jam 10 malam. 

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki yang mempunyai susuk tubuh seorang wanita dan berpakaian seksi itu kemudian bertindak agresif dengan menumbuk dada seorang anggota penguatkuasa. 

“Dia bukan saja gagal menunjukkan bukti dia menerima rawatan selepas diminta berbuat demikian, malah tidak mempunyai pengenalan diri ketika tangkapan. 

“Lebih mengejutkan apabila pemeriksaan pada beg tangannya, kita menemui kondom dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini, semalam. 

Rahimin berkata, lelaki itu antara 19 individu diperiksa dalam pemantau sekitar negeri ini selama enam jam.
“Lapan pasang kekasih berusia 14 hingga 23 tahun turut disaman kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam termasuk berpelukan dan baring di atas riba pasangan. 

“Mereka dikesan melakukan perbuatan sekitar Dataran Pahlawan, pantai berhampiran Jeti Marina di Eye On Malaysia dan Pantai Siring di Jasin antara jam 5 petang hingga 9 malam," katanya.

Menurutnya, tiga lelaki berusia 41 hingga 54 tahun pula dicekup ketika sedang berjudi di sebuah premis nombor ekor di Ujong Pasir, di sini, kira-kira jam 6.45 petang. 

“Lelaki berpakaian wanita itu dibawa ke pejabat Jaim bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana lelaki berlagak seperti perempuan.

“Lapan pasangan diberi surat perintah hadir untuk beri keterangan di Bahagian Penguatkuasaan Jaim di bawah Seksyen 71 enakmen sama kerana melakukan perbuatan tidak sopan,” katanya. 

sumber : sinarharian.com.my/

/div>

No comments: