Memetik laporan dari Bernama, Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, mangsa, Frankie Nyegiang Ramlie, 22, ditegur oleh abangnya, 25, kerana sering meminta rokok.
"Mangsa naik marah bila ditegur dan terus mengambil parang manakala suspek bertindak balas dengan mengambil pisau sayur," katanya semalam.
Tambah Stanley lagi, pergelutan antara suspek dan mangsa menyebabkan mangsa mengalami kesan tikaman di bahagian dada sebelah kanak dan kesan kelar di pergelangan tangan kiri.
Semasa kejadian cubaan tiga individu yang turut berada di tempat kejadian untuk meleraikan pergaduhan gagal. Pergelutan berakhir dengan mangsa berada dalam keadaan lemah.
"Suspek dan sepupunya telah menghantar mangsa ke Hospital Miri pada pukul 9 malam untuk mendapatkan rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital," katanya.
Stanley juga berkata mangsa dan suspek dipercayai mabuk kerana sesi meminum minuman keras bersama rakan dan sepupu.
Suspek dan tiga yang lain ditahan untuk membantu siasatan.
Selain itu, sebilah pisau pemotong sayur dan parang panjang turut dirampas oleh polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
sumber - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment