Friday 7 February 2014

Permohonan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari : Pekerja Miskin Bandar Layak Tuntut 142 Hari @ RM5,000 Maksimum!

(Laporan pertama Permohonan Baucer Kerja RM35 Sehari : KLIK SINI)
Permohonan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari : Sebenarnya 2 minggu lepas, Berita Semasa ada bersembang dengan “seseorang” dari Putrajaya.

Dan beliau ada memaklumkan kepada Berita Semasa mengenai penubuhan satu jawatankuasa yang bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia ketika ini. Tetapi….. 

Berita Semasa sendiri tidak menyangka selepas segala kajian, brainstorming dan semuanya, akhirnya mereka menemui antara jalan penyelesaian seperti yang menjadi sebutan ramai ketika ini iaitu “e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari” 

Dan dalam pengumuman tersebut e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari ini ada mengatakan ia bakal diperuntukkan untuk permulaannya seramai 100 orang sahaja. Mungkin angkanya akan berkembang selepas bulan-bulan seterusnya April 2014. Dan jumlah 100 orang jawatankuasa akan gunakan sebagai “lab sample”. Tetapi….Berita Semasa merasakan walau apapun keputusan yang diperolehi, ianya keputusan yang kurang “valid”. Sebabnya?

Sebab “saiz sample” yang diambil mereka terlampu kecil. Ini kerana kesan sample yang terlampau kecil sudah diceritakan dengan panjang lebar dalam kajian yang bertajuk :
Believe in the law of small numbers” (Daniel Kahnemann, Amos Tversky,University of Michigan,1970)
Dan terbaru, kerajaan terus mengumumkan butiran dan maklumat bagi pelaksanaan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari ini. Antaranya ialah :

e Kasih Baucer Kerja
Daftar e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari : KLIK SINI

Informasi Permohonan & Pembayaran e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari

  1. Golongan pekerja miskin bandar layak menerima e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari menerusi program Azam Kerja 1Malaysia yang bakal dilaksanakan April 2014 ini.
  2. Projek perintis e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari akan melibatkan 100 orang peserta yang tinggal di bandar besar di lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor.
  3. Setiap peserta e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari dihadkan menuntut baucar sebanyak 142 hari atau jumlah maksimum RM5,000 setahun yang akan diberikan dalam bentuk elaun sama ada mingguan atau bulanan.

Syarat Kelayakan Permohonan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari

  1. Golongan miskin bandar berpendapatan RM3,000 ke bawah
  2. Berdaftar dengan e-Kasih
  3. Bekerja di syarikat-syarikat terpilih antaranya KFC, Pizza Hut dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)

Cara Permohonan & Daftar Borang e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari

Permohonan Baucer Kerja RM35 Sehari boleh dibuat dengan cara mengisi borang terdapat di pejabat-pejabat daerah atau Jabatan Pembangunan Negeri berhampiran
P/S : Orang tua-tua ada mengatakan. “Jangan beri ikan, nanti makin lemak mereka. Berikan joran, supaya mereka beruasaha dapat ikan“. “Jangan bagi duit mudah, bagi mereka latihan @ peluang kerja terus.”
PP/S : Walaubagaimanapun, mungkin pihak kerajaan ada alasan & hasil kajian yang tersendiri menyebabkan idea ini bakal dilaksanakan tidak lama lagi iaitu bermula April 2014. Apa respon balas melihatkan butiran terbaru bagi pelaksanaan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari kali ini untuk anda?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/permohonan-e-kasih-baucer-kerja-rm35-sehari

Ringgit jatuh RM2.624 berbanding dolar Singapura


Ringgit Malaysia mencecah rekod paling rendah berbanding dolar Singapura awal minggu ini, dengan matawang lain di rantau ini masih lemah.

Penganalisis berkata, ini disebabkan oleh aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju.
Akhbar Straits Times Singapura melaporkan rekod terendah ini dipecahkan hanya tiga hari selepas Malaysia mencapai rekod terendah RM2.622 Khamis lalu dan berada pada RM2.6207 semalam.

Ringgit semakin jatuh bukan disebabkan dolar Singapura semakin kuat, tetapi kerana aliran modal yang tinggi daripada pasaran yang masih membangun ke pasaran maju, kata pakar yang dipetik daripada akhbar aliran perdana itu.

"Keseluruhannya, daripada segi kekukuhan kewangan, Singapura dilihat sebagai lebih kukuh. Oleh itu mata wang kita dilihat semakin rendah berbanding dolar Singapura," kata Pengurus Besar Fundsupermart, Wong Sui Jau. Penganalisis mata wang daripada Oanda, Wu Mingze, berkata:"Daripada segi dasarnya, Malaysia kelihatan tidak hebat. Tetapi ia tetap lebih baik berbanding Thailand, Filipina dan Vietnam."

Beliau berkata, walaupun Malaysia semakin menghampiri defisit akaun pertengahan tahun lalu, lebihan daripada dagangan Malaysia sedang meningkat dan boleh membantu negara.

Baht Thailand dan Rupiah Indonesia paling terkesan dengan aliran modal besar ini. Terkini, Sedolar Singapura dibeli dengan 26.86 Baht iaitu 9,611 rupiah Indonesia. Penganalisis berkata, setakat ini mereka masih belum dapat memastikan berapa lama lagi tempoh matawang itu akan kekal lemah.

Bagaimanapun, Wu berkata, melihat kepada beberapa pusingan pasaran lalu, bank pusat Malaysia perlu campur tangan jika ringgit terus jatuh sehingga serendah RM3.80 berbanding dolar Amerika.
Hari ini, USD1 dibeli pada nilai RM3.33.

Wong berkata, matawang Asia terpaksa menempuhi ketidakstabilan itu sehingga keyakinan muncul semula.
“Sukar untuk menjangkakan bila kita akan jatuh hingga ke bawah. Tetapi, keyakinan akan kembali dan matawang boleh naik semula dengan cepat,” katanya.

Beberapa syarikat berpendapat ringgit yang lemah tidak akan menjejaskan perniagaan mereka.
Mike Lim, pengarah eksekutif syarikat pembotolan, Dr Who yang mengimport bahan daripada Singapura berkata, ringgit yang lemah boleh dilihat sebagai pelindung terhadap kenaikan kos kehidupan di Malaysia.
"Tetapi kita tidak meramalkan ia akan kekal lemah untuk masa yang lama," katanya. – 7 Februari, 2014.

sumber dipetik dari:-http://my.news.yahoo.com/ringgit-jatuh-rm2-624-berbanding-dolar-singapura

Thursday 6 February 2014

Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik Tidak Berlaku. Kerajaan Bayar Pampasan RM400 Juta!

Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik : Boleh dikatakan berita gembira buat seketika bagi rakyat Malaysia ketika ini apabila kenaikan tol lebuhraya 2014 naik tidak akan berlaku pada tahun ini. Macam-macam spekulasi yang timbul. Ada yang mengatakan…..

Kenaikan tol lebuhraya 2014 naik ini diumumkan tidak berlaku oleh Tan Sri Muhyiddin adalah dek kerana menjelangnya Pilihan Raya Kecil Dun Kajang (SEPERTI DI SINI) tidak lama lagi yang menurunkan “calon heavywight”, Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, bagi Berita Semasa sendiri keputusan kerajaan tidak meluluskan kenaikan tol lebuhraya 2014 naik ini adalah disebabkan iltizam dan tekad seluruh rakyat Malaysia tidak kiralah anda daripada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat ataupun Bebas yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan kenaikan tol lebuhraya 2014 naik kali ini apatalah lagi melihatkan dengan deretan kenaikan kos sara hidup yang menimpa rakyat Malaysia tahun ini.

Mengapa Rakyat Tolak Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik?

Ini kerana kenaikan tol lebuhraya 2014 naik tidak sepatutnya berlaku kerana 3 faktor :
  • Pemegang konsesi tol lebuhraya telah mengaut margin keuntungan yang cukup tinggi sepanjang menguruskan lebuhraya-lebuhraya di Malaysia (BUKTI DI SINI & KLIK SINI)
  • Tiada istilah pemegang konsesi tol akan rugi, kerana kerugian mereka sedia ditanggung kerajaan (CONTOH DI SINI)
  • Kenaikan tol bakal menyebabkan kesan rantaian yang cukup besar kepada rakyat Malaysia tahun ini selepas siri kenaikan tarif elektrik dan minyak sebelum ini
Atas nama mahu memuaskan hati rakyat Malaysia dan dalam pada masa yang sama kerajaan & pemegang konsesi berdiri di atas satu perjanjian yang cukup menganiayai rakyat Malaysia, walaupun tiada diumumkan kenaikan tol lebuhraya 2014 naik, kerajaan tetap perlu membelanjakan duit anda semua (rakyat Malaysia) sejumlah RM400 juta bagi membolehkan pemegang konsesi yang kaya-raya mendiamkan diri buat seketika bagi terus menuntut kerajaan menaikkan tol lebuhraya di Malaysia.

Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik @ Tidak : Pemegang Konsesi Tetap Untung

  • Kenaikan Kadar Tol Naik : Pembayar tol (rakyat) rugi, konsesi tol untung
  • Kenaikan Kadar Tol Naik tidak berlaku : Kerajaan perlu bayar pampasan : Semua rakyat rugi & kehilangan dana sekitar RM400 juta, konsesi tol untung
  • Kenaikan Kadar Tol Naik, kerajaan tidak mahu bayar pampasan? Konsesi tol bakal saman kerajaan atas nama penjanjian antara pemagang konsesi dengan kerajaan Malaysia : Semua rakyat rugi, konsesi tol untung.
  • Apa pilihan anda?
Pusinglah macammana cara sekalipun pemegang konsesi tetap untung. Pendapat Berita Semasa, andaikata tiada jalan penyelesaian antara pemegang konsesi tol dengan kerajaan, Berita Semasa lebih memilih kerajaan membayar pampasan berbanding pengumuman kenaikan kadar tol lebuhraya 2014 naik yang bakal memberikan kesan rantaian yang agak hebat kepada kos sara hidup rakyat Malaysia.

Cuma…..Berita Semasa berharap dengan penggunaan dana negara & rakyat sejumlah RM400 juta, tidak berlaku pelarasan subsidi lagi ataupun pemotongan peruntukan untuk penyelengaraan jalan contohnya di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Apa pendapat anda pula, kongsikan bersama kami di sini….

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-tol-lebuhraya-2014-naik

Wednesday 5 February 2014

Isu Doktor Perubatan di Malaysia : Pakar Bedah Neuro (Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah) Tempelak Dr Google, Dr Facebook & Ubat MLM!

Isu Doktor Perubatan di Malaysia : Pakar Bedah Neuro (Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah)  : Memang tidak dinafikan ada benarnya pemerhatian & pendangan daripada kaca mata seorang Tokoh Saintis Negara merasai sendiri keresahan kalangan yang bergelar Doktor Perubatan hari ini di Malaysia terutamanya.

Bagi Berita Semasa, sangat menarik untuk kita semua semak dan perbincangkannya. Sebelum itu…..
Mungkin ada yang merasa asing figura yang bernama Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah. Mungkin ada juga yang telah mengenalinya. Sebenarnya dalam bidang perubatan negara, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah merupakan saintis Neuro yang paling hebat pernah dilahirkan di rantau ini.

Latar Belakang Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah

  1. Dr. Jafri Malin baru-baru ini terpilih menerima anugerah ‘Saintis Penyelidik Terbaik Malaysia’ dari Akademi Sains Malaysia.
  2. Jafri Malin merupakan lulusan USM sebelum melanjutkan pelajaran sebagai pakar bedah neuro dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti of Ghent, Belgium
  3. Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terlibat secara langsung dalam melahirkan 36 pakar neuro surgeri, seorang pakar neurologi dan 12 saintis neuro.
  4. Dari segi penulisan pula, Dr. Jafri Malin menghasilkan 147 terbitan jurnal ilmiah dan 10 buku dalam pengajiannya.
Walaubagaimanapun, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terasa keresahan yang membelengu doktor perubatan hari yang mesti diperbetulkan pada ketika ini selama ini ia hanya terbuku di hatinya sepanjang bergelar doktor. Menarik untuk difikirkan bersama…Begini bunyinya…..

Puisi Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah Untuk Ubat MLM, Dr Google & Dr Facebook

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Hanya diperlukan bila nak MC.
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu pil.
Semua penyakit boleh sembuh.
Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.
Seperti bayi baru dilahirkan.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia pun dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.
Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.
Aku tak faham.
Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.
Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.
Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada penyakit didunia ini.
Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.
Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
Ubat-ubat moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.
Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.
Aku dah nak bersara.
Aku dah nak balik kampung.
Membuka ladang kangkung.
Selamat tinggal.

Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah : Contoh Ubat-ubat Ajaib MLM, Dr Google & Dr Facebook

Kegusaran doktor ni ADA BENARNYA.

Berita Semasa bersetuju dengan pendapat Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah ini. Ya….Berita Semasa tidak mengatakan semua produk MLM sangat teruk dan tidak berkesan langsung. Tetapi dek kerana tamakkan kekayaan dalam jangka masa singkat sanggup mengambil kesempatan terhadap masalah dan kesakitan orang lain  dengan menghabiskan duit orang sakit & bagi harapan palsu.

Sedangkan syarikat ubat jika mahu hasilkan sesuatu produk kesihatan pun buat kajian & penyeledikan berbelas & berpuluh tahun. Tetapi produk-produk kesihatan yang bersepah hari ini bak tumbuh mcm cendawan lepas ujan. Entah buat kajian di mana pun, tidak tahu.
Doktor pun yang buat kajian dan penyelidikan makan masa bertahun untuk keluarkan satu vaksin. Kemudian perlu mendapat kelulusan sehingga 5-6 badan bertauliah. Itu belum termasuk lagi, peru berhadapan dengan Kementerian kesihatan setiap negara sematamata nak kurangkan risiko manusia.
“if you want to be fit and young, you have to workout/exercise, control your diet, eat healthy food”
P/S : Apa pandangan anda pula mengenai keluhan dan pandangan Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah ini mengenai lambakan Dr Google, Dr Facebook & tidak lupa juga ubat, produk MLM @ produk kesihatan yang bersepah hari ini.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/isu-doktor-perubatan-malaysia-dr-jafri-malin-abdullah

Tuesday 4 February 2014

Kenaikan Insurans Kenderaan (Kereta, Motor & Lain-lain) Naik 2014 Sebanyak 15%!! Apa Kata Pemilik Kenderaan?

Lanjutan berita kenaikan insurans kenderaan antara 2012-2015 : KLIK SINI
Kenaikan Insurans Kenderaan (Kereta, Motor) naik 2014 : Tidak kedengaran berita kenaikan insurans kenderaan naik, tetapi dijangka tidak lama lagi harga insurans kenderaan akan naik sebanyak 15% bermula 15 Februari 2014 ini yang Berita Semasa perolehi daripada kalangan kakitangan insurans sendiri. Berita….
Berita kenaikan insurans kenderaan (kereta, motor) naik ini tidak akan keluar di TV untuk makluman rakyat Malaysia.

Notis Kenaikan Insurans Kenderaan (Kereta, Motor) Naik 2014

KLIK gambar-gambar di atas ini
 
Jadi, Berita Semasa nasihatkan kepada kalangan pembaca Berita Semasa yang mana cukai jalan (roadtax) kenderaan (kereta, motor) mati sebelum 14 Mei 2014 boleh perbaharuinya semula. Dengan kenaikan insurans naik sehingga 15%, agak tinggi juga perbezaan untuk perbelanjaan anda kelak.

Walaubagaimanapun pilihan ditangan anda. Apa kata anda pula dengan berita kenaikan insurans kenderaan naik kali ini?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-insurans-kenderaan-kereta-naik-2014

Monday 3 February 2014

Kenaikan Harga Tol Naik 2014 Tidak Berlaku? Kadar Tol Bagi Semua Lebuh Raya Kekal!

Pengumuman untuk  kenaikan harga tol naik di Malaysia bermula tahun 2014 ini (KLIK SINI) & SEPERTI DI SINI)mendapat reaksi negatif daripada majoriti rakyat Malaysia. Yang mana kenaikan harga tol naik bakal memberikan kesan rantaian yang teruk kepada kos sara hidup rakyat Malaysia termasuklah menerusi kenaikan harga barangan yang sedia ada.
Kenyataan kalangan menteri mengenai isu kenaikan harga tol naik ini lebih banyak menyelebahi & kelihatan tunduk kepada pemegang konsesi tol. Alhamdulillah….
Alhamdulillah atas desakan & tekanan kuat daripada rakyat Malaysia kelihatan pengumuman kenaikan harga tol naik begitu sukar diputuskan untuk diumumkan sepertimana yang dirancang. Terbaru…..

Kenaikan Harga Tol Naik 2014 Tidak Berlaku?

KUALA LUMPUR – Kadar tol bagi semua lebuh raya masih kekal pada kadar semasa, demikian menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Ketua Pengarah LLM Datuk Ismail Md Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan sehingga kini belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan kadar tol.
“Tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi berhubung perkara ini (kenaikan kadar tol),” katanya.
Sehubungan itu, katanya, sebarang kenyataan atau laporan berhubung kenaikan kadar tol adalah tidak benar. Bernama
Berdasarkan kenyataan di atas, tidak dikatakan kenaikan harga tol naik tidak akan berlaku, tanggu pun bukan. Cuma hanya kenyataan “penenang” yang mengatakan tida perubahan buat masa ini disebabkan kerajaan masih belum buat keputusan. Jikalau anda semak laporan Berita Bernama versi Bahasa Inggeris memuatkan perkataan  `Remained Unchanged’ bukannya batal.
Persoalannya sekarang ini, adakah perkataan `Remained Unchanged’ sekarang ini akan bertukar menjadi “Change” selepas PRK Dun Kajang kelak? Adakah keputusan kenaiakn harga tol naik akan berlaku sekitar bulan mac 2014? Bukanlah Berita Semasa beriya-iya mahukan kenaikan harga tol naik menjadi realiti, tetapi berapa banyak janji seperti :
  • Minyak tidak akan naik?
  • Tol akan semak semula, malah akan turun selepas PRU
Sumber asal Laporan & Analisis Berita Semasa : KLIK SINI

Tetapi akhirnya naik juga. Jadi apa pilihan untuk rakyat Malaysia bersedia dengan sebarang kemungkinan kenaikan harga tol naik selepas ini?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-harga-tol-naik-2014#more-51996

Daftar Borang Baucar Kerja RM35 Sehari. Bakal Menerima Bantuan RM1,000++ Sebulan. Berminat?

Baucar Kerja RM35 Sehari : Nampaknya kerajaan sekarang bermurah hati untuk memberikan kepada kalangan anda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan di kawasan bandar sekaligus melayakkan anda menerima baucar kerja RM35 sehari dibawah pengurusan Kementerian Sumber Manusia. Caranya?

Syarat Baucar Kerja RM35 Sehari?

  1. Program Baucar Kerja RM35 sehari ini menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.
  2. Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup
  3. Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut
  4. Yang berminat untuk daftar permohonan bantuan baucar kerja RM35 sehari ini harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut
  5. Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran turut akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan
  6. Individu yang layak akan dihubungi secara terus

Penyelesaian Masalah Miskin Bandar VS Baucar Kerja RM35

Semak keratan laporan berita di bawah melibatkan masalah miskin bandar yang meruncing ketika ini

Permohonan Daftar Borang Baucar Kerja RM35 Sehari Online?

Kepada anda yang berminat untuk daftar permohonan baucar kerja RM35 sehari ini, semakan keputusan individu yang layak akan dipilih berdasarkan data e-Kasih (SEPERTI DI SINI).
  • JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.
  • Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.
  • Individu yang layak berdasarkan semakan keputusan permohonan baucar kerja RM35 sehari kan dihubungi secara terus
Jikalau dikirakan pemohon yang layak bakal menerima sekitar RM1,000++ sebulan. Banyak juga sebenarnya. Apa pandangan anda dengan usaha terbaru kerajaan bagi membantu kalangan yang miskin bandar untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup ketika ini?

sumber dipetik dari;-http://www.beritasemasa.com.my/daftar-borang-baucar-kerja-rm35-sehari

Sunday 2 February 2014

Dividen Tabung Haji 2013 (6%) & Bonus Tabung Haji (2%). Apa Kata Anda?

Dividen Tabung Haji 2013 : Berita Semasa perhatikan satu demi satu penyimpan ASB telah memindahkan wangnya ke akaun Tabung Haji atas alasan-alasan tersendiri berdasarkan kajian. pelan dan pandangan maasing-masing. Dan…
Dan…hari ini akhirnya Lembaga Tabung Haji (TH) umumkan dividen Tabung Haji 2013 6% dan tambahan bonus tabung haji 2% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
  1. Pendapatan tabung haji 2013 berjumlah RM3.7 bilion atau peningkatan sebanyak 34% berbanding RM2.8 bilion pada 2012.
  2. Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bilion pada 2012.
  3. Tabung Haji 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.
  4. Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) tersebut mempunyai baki purata minimum kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980

Pengiraan Dividen Tabung Haji 2013 & Pendeposit :

(Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2013)/12 bulan) x 6.0%
*Bonus Haji (2.0%)
  1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980).  (Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2013)/12 bulan) x 2.0%
  2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM,9980) -> RM9,980 x 2.0%
  3. *Bonus Haji – Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit Tabung Haji (TH) yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

Sejarah Dividen Tabung Haji + Bonus 1994-2013

  1. 1994 : Dividen Tabung Haji 9.5%
  2. 1995 : 9.5%
  3. 1996 : 9.5%
  4. 1997 : 9.5%
  5. 1998 : 8.0%
  6. 1999 : 8.0%
  7. 2000 : 5.5%
  8. 2001 : 3.25%
  9. 2002 : 3.5%
  10. 2003 : 4.0%
  11. 2004 : 4.3%
  12. 2005 : 4.5%
  13. 2006 : 4.75%
  14. 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
  15. 2008 : 5.0%
  16. 2009 : 5.0%
  17. 2010 : 5.5%
  18. 2011 : 6.0%
  19. Dividen Tabung haji 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus
  20. Dividen Tabung haji 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus (Terkini)
P/S : Walaubagaimanapun dividen Tabung Haji kali ini masih belum mampu menandingi pembahagian dividen Tabung Haji sekitar tahun 90an. Dahulu lebih tinggi daripada sekarang.
PP/S : Jadi, apa kata penyimpan dan pendeposit semua dengan berita dividen Tabung haji 2013 kali ini?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/dividen-tabung-haji-2013-bonus