Monday 3 February 2014

Kenaikan Harga Tol Naik 2014 Tidak Berlaku? Kadar Tol Bagi Semua Lebuh Raya Kekal!

Pengumuman untuk  kenaikan harga tol naik di Malaysia bermula tahun 2014 ini (KLIK SINI) & SEPERTI DI SINI)mendapat reaksi negatif daripada majoriti rakyat Malaysia. Yang mana kenaikan harga tol naik bakal memberikan kesan rantaian yang teruk kepada kos sara hidup rakyat Malaysia termasuklah menerusi kenaikan harga barangan yang sedia ada.
Kenyataan kalangan menteri mengenai isu kenaikan harga tol naik ini lebih banyak menyelebahi & kelihatan tunduk kepada pemegang konsesi tol. Alhamdulillah….
Alhamdulillah atas desakan & tekanan kuat daripada rakyat Malaysia kelihatan pengumuman kenaikan harga tol naik begitu sukar diputuskan untuk diumumkan sepertimana yang dirancang. Terbaru…..

Kenaikan Harga Tol Naik 2014 Tidak Berlaku?

KUALA LUMPUR – Kadar tol bagi semua lebuh raya masih kekal pada kadar semasa, demikian menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Ketua Pengarah LLM Datuk Ismail Md Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan sehingga kini belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan kadar tol.
“Tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi berhubung perkara ini (kenaikan kadar tol),” katanya.
Sehubungan itu, katanya, sebarang kenyataan atau laporan berhubung kenaikan kadar tol adalah tidak benar. Bernama
Berdasarkan kenyataan di atas, tidak dikatakan kenaikan harga tol naik tidak akan berlaku, tanggu pun bukan. Cuma hanya kenyataan “penenang” yang mengatakan tida perubahan buat masa ini disebabkan kerajaan masih belum buat keputusan. Jikalau anda semak laporan Berita Bernama versi Bahasa Inggeris memuatkan perkataan  `Remained Unchanged’ bukannya batal.
Persoalannya sekarang ini, adakah perkataan `Remained Unchanged’ sekarang ini akan bertukar menjadi “Change” selepas PRK Dun Kajang kelak? Adakah keputusan kenaiakn harga tol naik akan berlaku sekitar bulan mac 2014? Bukanlah Berita Semasa beriya-iya mahukan kenaikan harga tol naik menjadi realiti, tetapi berapa banyak janji seperti :
  • Minyak tidak akan naik?
  • Tol akan semak semula, malah akan turun selepas PRU
Sumber asal Laporan & Analisis Berita Semasa : KLIK SINI

Tetapi akhirnya naik juga. Jadi apa pilihan untuk rakyat Malaysia bersedia dengan sebarang kemungkinan kenaikan harga tol naik selepas ini?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-harga-tol-naik-2014#more-51996

No comments: