Friday 7 February 2014

Permohonan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari : Pekerja Miskin Bandar Layak Tuntut 142 Hari @ RM5,000 Maksimum!

(Laporan pertama Permohonan Baucer Kerja RM35 Sehari : KLIK SINI)
Permohonan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari : Sebenarnya 2 minggu lepas, Berita Semasa ada bersembang dengan “seseorang” dari Putrajaya.

Dan beliau ada memaklumkan kepada Berita Semasa mengenai penubuhan satu jawatankuasa yang bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia ketika ini. Tetapi….. 

Berita Semasa sendiri tidak menyangka selepas segala kajian, brainstorming dan semuanya, akhirnya mereka menemui antara jalan penyelesaian seperti yang menjadi sebutan ramai ketika ini iaitu “e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari” 

Dan dalam pengumuman tersebut e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari ini ada mengatakan ia bakal diperuntukkan untuk permulaannya seramai 100 orang sahaja. Mungkin angkanya akan berkembang selepas bulan-bulan seterusnya April 2014. Dan jumlah 100 orang jawatankuasa akan gunakan sebagai “lab sample”. Tetapi….Berita Semasa merasakan walau apapun keputusan yang diperolehi, ianya keputusan yang kurang “valid”. Sebabnya?

Sebab “saiz sample” yang diambil mereka terlampu kecil. Ini kerana kesan sample yang terlampau kecil sudah diceritakan dengan panjang lebar dalam kajian yang bertajuk :
Believe in the law of small numbers” (Daniel Kahnemann, Amos Tversky,University of Michigan,1970)
Dan terbaru, kerajaan terus mengumumkan butiran dan maklumat bagi pelaksanaan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari ini. Antaranya ialah :

e Kasih Baucer Kerja
Daftar e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari : KLIK SINI

Informasi Permohonan & Pembayaran e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari

  1. Golongan pekerja miskin bandar layak menerima e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari menerusi program Azam Kerja 1Malaysia yang bakal dilaksanakan April 2014 ini.
  2. Projek perintis e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari akan melibatkan 100 orang peserta yang tinggal di bandar besar di lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor.
  3. Setiap peserta e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari dihadkan menuntut baucar sebanyak 142 hari atau jumlah maksimum RM5,000 setahun yang akan diberikan dalam bentuk elaun sama ada mingguan atau bulanan.

Syarat Kelayakan Permohonan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari

  1. Golongan miskin bandar berpendapatan RM3,000 ke bawah
  2. Berdaftar dengan e-Kasih
  3. Bekerja di syarikat-syarikat terpilih antaranya KFC, Pizza Hut dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)

Cara Permohonan & Daftar Borang e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari

Permohonan Baucer Kerja RM35 Sehari boleh dibuat dengan cara mengisi borang terdapat di pejabat-pejabat daerah atau Jabatan Pembangunan Negeri berhampiran
P/S : Orang tua-tua ada mengatakan. “Jangan beri ikan, nanti makin lemak mereka. Berikan joran, supaya mereka beruasaha dapat ikan“. “Jangan bagi duit mudah, bagi mereka latihan @ peluang kerja terus.”
PP/S : Walaubagaimanapun, mungkin pihak kerajaan ada alasan & hasil kajian yang tersendiri menyebabkan idea ini bakal dilaksanakan tidak lama lagi iaitu bermula April 2014. Apa respon balas melihatkan butiran terbaru bagi pelaksanaan e-Kasih Baucer Kerja RM35 Sehari kali ini untuk anda?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/permohonan-e-kasih-baucer-kerja-rm35-sehari

No comments: