Saturday, 23 January 2016

Memalukan!!! Umat Islam Di Hina di Batu Caves..??

Walaupun pengeboman di Jakarta Indonesia baru-baru ini telah disahkan dilakukan oleh pelampau IS, ia tak bermakna seluruh umat Islam harus disalahkan dan dianggap sebagai pengganas.

Inilah yang terjadi di Malaysia apabila satu laman sosial Facebook yang majoritinya digemari oleh kaum India, memuat naik sekeping gambar 4 lelaki berpakaian muslim di Batu Caves bersama kenyataan yang berbaur hasutan.

Pengendali laman berkenaan mempertikaikan kehadiran lelaki-lelaki berkenaan di pusat perlancongan tersebut sambil mempersoalkan adakah lelaki yang berpakaian muslim tersebut sudah mahu meninggalkan agama mereka (Islam).

Ini merupakan kenyataan yang sangat menjelikkan dan sangat perkauman yang ditunjukkan oleh pengendali laman berkenaan. Umum tahu bahawa Batu Caves merupakan antaa tempat perlancongan popular di Malaysia walaupun ianya menjadi tempat ibadat kaum India.

Sikap rasis pengendali laman sosial tersebut jelas menunjukkan sebilangan kaum India di negara ini juga beranggapan Umat Islam merupakan pengganas dan sangat berbahaya.

Didalam komen-komen di status berkenaan, terdapat sebilangan individu yang secara terang-terangan menganggap bahawa umat Islam berpotensi besar untuk melakukan kekacauan hinggakan ada yang menuduh mereka mahu mengebom Batu Caves.


Status-status yang menghasut serta mengancam ketenteraman negara seperti ini tidak harus dibiarkan lepas bebas sewenang-wenangnya. Pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit agar rakyat terhindar dari sebarang hasutan yang mampu merosakkan perpaduan kaum. - Big B/Utaranews.com

Derita Wanita Ditinggal Kahwin Oleh Kekasih Setelah 7 Tahun Bercinta


Tidak ada sesiapa yang mampu menulis atau melukis untuk mengimbangi luka dalam hati apabila orang yang selama ini kita sayang akhirnya menjadi milik orang lain sepenuhnya.

"Takdir" itulah kata kata yang terucap dari mulut risna tiara yang terpaksa merelakan kekasihnya Rais yang berkahwin dengan wanita lain setelah sekian lama mereka menjalin hubungan cinta dan saling mengucap janji untuk meyakinkan sesama sendiri.

"Saya dijemput dalam majlis berkenan dan rais sendiri yang memberikan undangan itu kepada saya sekaligus dia meminta maaf atas apa yang berlaku,tiada kata kata yang mampu saya ucapkan ketika itu,hanya linangan air mata yang mengalir yang menjawab soalan rais.

Dengan mengumpul semangat saya beranikan diri untuk hadir di dalam majlis persandingan rais,hanya kaum perempuan saja yang tahu tentang perasaan itu katanya.

Kehadiran risna tiara dalam majlis tersebut awal tidak ada apa apa yang mengejutkan ramai,bagaimanapun risna gagal menahan perasan sedih dan rindunya,dia terus melangkah kepelamin dan menghulurkan tangan kepada  isteri rais sebelum memeluk lelaki yang dicintainya itu di depan ramai.

Dalam pada masa itu isteri rais, nagita juga turut menangis menyaksikan adegan yang menyentuh emosi itu,setelah beberapa lama kemudian baru rais melepaskan risna.

Bagi menjernihkan keadaan yang cukup riuh,dan untuk menjawab soalan yang bermain di minta tetamu yang hadir, keluarga pengantin lelaki tampil memohon maaf mengenai insiden itu dan menjelaskan bahwa mereka sebenarnya merestui hubungan rais dengan risna tiara sebelum ini.

Dan mereka juga pernah masuk meminang risna namun cinta selama tujuh tahun itu tidak perpenghujung kepelaminan apabila orang tua risna tidak menerima pinangan rais dengan bermacam macam alasan.dan pada akhirnya rais memilih wanita lain sebagai isterinya.

Kisah ini berlaku di daerah sulawesi selatan indonesi,dan turut menjadi perhatian ramai apabila video risna ketika memeluk bekas kekasihnya itu di muat naik dalam laman media sosial sejak beberapa tahun lepas.


sumber : eberita.org/

Sembilan Kereta Perodua Baru Hangus


PETALING JAYA: Sembilan buah kereta keluaran Perodua hangus selepas treler pengangkutnya terbakar di  Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada Jumaat.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, anggotanya tiba ditempat kejadian di KM400 selepas mendapat panggilan pada pukul 10 malam.

"Enam Axia, dua MyVi dan sebuah Alza hangus dalam kebakaran itu.

"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan. Api berjaya dipadam dalam tempoh setengah jam," katanya.

sumber : mstar.com.my/

Malaysia, Brunei haram Qu Puteh


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan produk Qu Puteh White­ning Pro 9 keluaran syarikat kosmetik jenama terkenal Vida Beauty Sdn. Bhd. (Vida Beauty) milik usahawan ter­kenal, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman kerana dikesan me­ngandungi paras merkuri yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

Pengharaman itu dibuat selepas Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati produk tersebut mengandungi bahan racun berjadual yang boleh me­ngakibatkan kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf, mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan jika digunakan dalam tempoh yang lama.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Brunei menerusi akhbar The Brunei Times turut mengharamkan dua produk keluaran syarikat tersebut iaitu Qu Puteh Whi­tening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block yang didapati mempunyai kandu­ngan merkuri.

Selain itu, Brunei turut mengharamkan produk kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal kerana didapati mengandungi spironolactone yang boleh menyebabkan kelesuan, kekeliruan, me­ngantuk, pening, rasa tidak selesa pada payu dara dan menyebabkan ia besar, haid tidak teratur, kejang, keguguran rambut serta ruam kulit.

sumber : kosmo.com.my/


Petua Mengurangkan Sakit Senggugut


Petua Mengurangkan Sakit Senggugut. Senggugut adalah rasa sakit yang dialami oleh kebanyakkan wanita ketika haid atau datang bulan. Untuk wanita yang melaluinya setiap bulan, pasti rasa sakit itu adalah sesuatu yang sukar digambarkan. Namun ia adalah satu simptom yang biasa ketika haid, selain rasa kembung perut, sakit kepala, pening dan mual.

Senggugut atau Dysmenorrhoea boleh dibahagikan kepada dua kategori yang berbeza iaitu:

Senggugut Primer – bila berlakunya kesakitan akibat pengecutan rahim. Biasanya ia dialami oleh wanita yang belum berkahwin. Senggugut primer selalunya dialami pada hari pertama dan kedua haid. Ini menunjukkan bahawa wanita itu adalah subur.

Senggugut Sekunder – adalah rasa sakit senggugut yang berlaku pada usia lanjut dan juga berterusan sepanjang kedatangan haid. Senggugut sekunder ini biasanya dikaitkan dengan penyakit dari uterus, saluran fallopio dan ovari yang mungkin disebabkan oleh ketumbuhan atau kanser.

Petua Mengurangkan Sakit Senggugut
  1. Elakkan Makanan Yang Tinggi Kandungan Gula Dan Garam – Makanan yang tinggi kandungan gula dan garam boleh mengakibatkan berlakunya kekejangan pada bahagian perut. Contohnya seperti makanan ringan.
  2. Lebihkan Pengambilan Air – Sebelum dan ketika datang bulan, anda disyorkan untuk lebihkan minum air suam dan juga air halia. Elakkan minuman sejuk dan berais.
  3. Sapu Minyak Panas – Ketika anda sedang sakit senggugut, sapukan minyak panas berangin di bahagian perut. Urut perlahan untuk melegakan sakit akibat pengecutan otot di bahagian rahim.
  4. Tuam Dengan Tuala Panas – Rasa sakit juga boleh dikurangkan dengan tuam bahagian perut anda dengan air panas. Cara yang paling mudah adalah, isi botol dengan air panas dan balutkan luar botol dengan tuala, kemudian tuam di bahagian yang terasa sakit. Ataupun anda boleh beli pad pemanas yang biasanya dijual di farmasi.
  5. Alihkan Fokus – Bila anda sedang mengalami sakit senggugut, cuba untuk tidak fokus pada kesakitan itu, alihkan fokus anda kepada sesuatu yang boleh buat anda rasa lebih tenang.
Semoga artikel Petua Mengurangkan Sakit Senggugut ini dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa sakit yang terpaksa anda tanggung hampir setiap bulan.

sumber : tokeinfo.com/