Wednesday 20 January 2016

Harga Minyak Dunia 2016 Boleh Jatuh US$10 Setong. Punca Sebenar, Perang Politik Antara Kartel Minyak Dunia!


Kalangan pakar ekonomi dunia mula menjangkakan harga minyak akan kembali pulih sekurang-kurangnya kembali melonjak sehingga US$50 pada penghujung tahun 2016, dengan syarat.

Syaratnya, polemik politik dikalangan kartel minyak dunia dapat diselesaikan dengan kadar segera yang mana pemerhatian ini dikongsikan oleh Dr Mamdouh Salameh Pakar Ekonomi minyak antarabangsa, Pakar minyak melibatkan Timur Tengah, Penasihat minyak dan Tenaga.

Walaubagaimanapun, Dr Mamdouh Salameh berikan amaran supaya Arab Saudi hentikan segera tindakan mereka pada ketika ini melambakkan minyak ke pasaran dunia jikalau tidak mahu melihatkan kegagalan yang pernah dilakukan oleh Syeikh Yamani pada tahun 1980 berulang sekali lagi. Keywordnya, kalau.

Kalau berlaku, kalau terjadi. Jadi macam-macam boleh berlaku sepanjang tempoh 12 bulan daripada sekarang untuk harga minyak dunia 2016 kali ini.

Sekarang ini Arab Saudi dengan kemampuan simpanan matawang asing berjumlah lebih US$650 billion dan kemampuan Arab Saudi mengeluarkan satu tok minyak mentah pada kos yang sangat rendah berbanding pengeluar lain, menyebabkan kartel minyak dunia terus berperang untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam saiz pasaran minyak dunia pada ketika ini. Samada berjaya atau tidak misi mereka, sama-sama kita nantikan.

Harga Minyak Dunia 2016 : Kartel Minyak Vs Amerika Syarikat?

  • Dahulu, OPEC sekat pengeluaran untuk memberikan peringatan kepada Amerika Syarikat supaya jangan tolong Israel
  • Kali ini pula, OPEC terutamanya Arab Saudi lambakkan minyak di pasaran minyak dunia supaya Amerika tidak mampu proses minyak shale. Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi untuk mengajar US
  • Akhirnya begitu banyak negara terkena tempiasnya termasuklah Malaysia yang mana Najib Razak sedang dalam proses terakhirnya bentangkan rombakan Bajet 2016 Malaysia pada minggu hadapan
Harga minyak dunia 2016 hari ini telah mencapai satu paras yang tidak pernah dicapai di bawah paras US$30 setong dalam tempoh 12 tahun.

Dengan terus lambakan minyak di pasaran dunia, semakin ramai yang panas punggung. Jika sebelum ini Ketua Penyelidikan Komoditi Citigroup, Ed Morse dan juga Goldman Sach menjangkakan harga minyak dunia boleh cecah ke paras US$20.

Terkini, ramalan pakar ekonomi dunia dilihat semakin kejam lagi, apabila pakar ekonomi dunia termasuklah Bismarck Rewane dari Financial Derivatives Company mengatakan tiada paa yang musthil untuk harga minyak jatuh ke paras US$10 setong. Ya…US$10 setong.
  1. Realitinya untuk pengeluaran shale oil di US, kos yang pulang modal adalah bercampur-campur di antara US$30-US$70 setong bergantung pada kawasan dan kematangan industri itu sendiri..
  2. Nah….sebab itulah juga Arab Saudi sasar harga minyak jatuh kepada paras di bawah US$20 setong dengan harapan banyak pengeluar shale di Amerika Syarikat jatuh, bangkrap, tutup supaya OPEC boleh terus kekalkan saiz eksport mereka ke pasaran dunia
  3. Hari ini, di US$30 setong banyak lagi negara yang tidak menikmati untung disebalik penjualan minyak
  4. Arab saudi masih lagi boleh bertahan walaupun harga minyak dunia di paras US$10 sekalipun
sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: