Thursday, 21 January 2016

Gaji Polis PDRM RM1,500 Sebulan Duduk Pula Di Bandar Kuala Lumpur VS Ambil Suapan, Rasuah?

Ya…Berita Semasa bersetuju dengan pendapat dan kenyatan yang dikeluarkan snediri oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengatakan penguatkuasa di malaysia masih lagi tidak sesuai dengan bebanan dan cabaran yang dihadapi mereka.

Dengan gaji polis PDRM contohnya RM1,500 sebulan, duduk pula di kawasan bandar. Mereka ini juga miskin bandar. Berapa lama dan berapa ramai yang mampu bertahan dengan godaan dan tawaran di luar sana ditambah ruang untuk mereka menyalahgunakan kuasa. Pastinya ada yang “tumbang”.

Ya…benar, rakyat Malaysia mahu tidak mahu, mereka terpaksa juga mengharungi gelombang kos sara hidup di Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar di Malaysia. Tetapi bagaimanapula dengan penguatkuasa, yang kerja di Pejabat Tanah dan Galian di peringkat negeri, Imigresen, Kastam dan Polis?

Mereka ini juga sama juga yang merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup, bezanya mereka ada kuasa yang membolehkan ada ruang untuk mereka mengambil kesempatan.

Gaji Polis PDRM VS Godaan Rasuah?

  • Tidak selesai masalah kos sara hidup
  • Ditambah pula parahnya gejala rasuah di Malaysia dikalangan penguatkuasa
Berita Semasa sangat bersetuju, contohnya gaji polis PDRM naik setimpal dengan tugas dan tanggunjawab serta kos sara Hidup sekarang. Selepas tu kalau mereka masih melakukan rasuah, segera diambil tindakan. Nah….sebab itulah bangsa lain terutama Cina tidak berminat untuk bekerja sebagai penguatkuasa kerana gajinya rendah.

Kita tidak mahu disebabkan gaji penguatkuasa yang rendah, dengan godaan tawaran rasuah menyebabkan :
  • yang patut kena saman dan ditahan, dilepaskan begitu selepas menerima RM50
  • kelulusan begitu mudah, selepas menerima RM2,000 contohnya
  • dan lain-lain lagi
 sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: