Friday 22 January 2016

2 mesin ATM di pasar raya dipecah

Beginilah keadaan dua mesin ATM yang dipecah empat penjenayah sebelum melarikan wang berjumlah RM284,000 dari sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, Nilai semalam

NILAI – Empat lelaki bersenjatakan parang dan memakai topeng memecah masuk ke dalam sebuah pasar raya terkenal dan melarikan wang tunai berjumlah RM284,000 dari dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam premis itu di Bandar Baru Nilai di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 4.25 pagi itu, suspek menahan seorang pengawal keselamatan semasa lelaki itu melakukan rutin kerja mengunci jam keliling pasar raya tersebut.

Suspek kemudian mengikat kaki dan tangan mangsa sebelum disembunyikan di dalam hutan kecil di belakang premis tersebut manakala dua lagi pengawal keselamatan berada di bahagian luar di hadapan pasar raya berkenaan tidak menyedari kejadian itu.

sumber : kosmo.com.my/

No comments: