Saturday 23 January 2016

Petua Mengurangkan Sakit Senggugut


Petua Mengurangkan Sakit Senggugut. Senggugut adalah rasa sakit yang dialami oleh kebanyakkan wanita ketika haid atau datang bulan. Untuk wanita yang melaluinya setiap bulan, pasti rasa sakit itu adalah sesuatu yang sukar digambarkan. Namun ia adalah satu simptom yang biasa ketika haid, selain rasa kembung perut, sakit kepala, pening dan mual.

Senggugut atau Dysmenorrhoea boleh dibahagikan kepada dua kategori yang berbeza iaitu:

Senggugut Primer – bila berlakunya kesakitan akibat pengecutan rahim. Biasanya ia dialami oleh wanita yang belum berkahwin. Senggugut primer selalunya dialami pada hari pertama dan kedua haid. Ini menunjukkan bahawa wanita itu adalah subur.

Senggugut Sekunder – adalah rasa sakit senggugut yang berlaku pada usia lanjut dan juga berterusan sepanjang kedatangan haid. Senggugut sekunder ini biasanya dikaitkan dengan penyakit dari uterus, saluran fallopio dan ovari yang mungkin disebabkan oleh ketumbuhan atau kanser.

Petua Mengurangkan Sakit Senggugut
  1. Elakkan Makanan Yang Tinggi Kandungan Gula Dan Garam – Makanan yang tinggi kandungan gula dan garam boleh mengakibatkan berlakunya kekejangan pada bahagian perut. Contohnya seperti makanan ringan.
  2. Lebihkan Pengambilan Air – Sebelum dan ketika datang bulan, anda disyorkan untuk lebihkan minum air suam dan juga air halia. Elakkan minuman sejuk dan berais.
  3. Sapu Minyak Panas – Ketika anda sedang sakit senggugut, sapukan minyak panas berangin di bahagian perut. Urut perlahan untuk melegakan sakit akibat pengecutan otot di bahagian rahim.
  4. Tuam Dengan Tuala Panas – Rasa sakit juga boleh dikurangkan dengan tuam bahagian perut anda dengan air panas. Cara yang paling mudah adalah, isi botol dengan air panas dan balutkan luar botol dengan tuala, kemudian tuam di bahagian yang terasa sakit. Ataupun anda boleh beli pad pemanas yang biasanya dijual di farmasi.
  5. Alihkan Fokus – Bila anda sedang mengalami sakit senggugut, cuba untuk tidak fokus pada kesakitan itu, alihkan fokus anda kepada sesuatu yang boleh buat anda rasa lebih tenang.
Semoga artikel Petua Mengurangkan Sakit Senggugut ini dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa sakit yang terpaksa anda tanggung hampir setiap bulan.

sumber : tokeinfo.com/

No comments: