Sunday 17 January 2016

Jangan main naik aje


Selama: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga tidak ambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata terdapat peniaga tidak bertanggungjawab menaikkan harga dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

"Saya tidak mahu peniaga ambil kesempatan, daripada suasana ekonomi sekarang untuk menaikkan harga barangan.

"Saya sudah mengarahkan pegawai penguat kuasa seluruh negara turun padang dan melakukan pemantauan rapi harga barangan terutama menjelang Tahun Baru Cina ini," katanya selepas merasmikan khidmat masyarakat Maktab Koperasi Malaysia bersama Komuniti Sungai Bayor, di sini, hari ini.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, berkata pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 28 Januari ini, sepatutnya tidak memberi tekanan kos kepada peniaga sehingga mereka perlu menaikkan harga barang.

sumber : hmetro.com.my/

No comments: