Di Sangka Gelandangan Gila, Tetapi Rupanya… Inilah perkongsian Amir Zuhair tentang bekas pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Doktor
Saiful Ad-Daulah. Kami ingin kongsikan tentang kerendahan diri yang di
tunjukkan dalam diri beliau. Ikuti kisah dari Bekas Pelajar Universiti
Sains Islam Malaysia.
Seluarnya lusuh, berjambang, butang baju
dada terbuka dan berselipar, sudah cukup untuk menggambarkan dirinya
seperti seorang gelandangan yang kurang akal. Terjumpa pula di stesen
Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Kuala Lumpur, sah dia seorang gelandangan!
Tetapi sangkaan saya meleset.
Sedang saya masu ke pintu KTM, dia
berhenti berjalan dan menegur saya dengan bahasa inggeris yang amat
fasih sekali. Cuak saya, ingatkan ada orang gila yang menegur.
Setelah dipandang benar-benar wajah
beliau, masyaAllah. Doktor Saiful Ad-Daulah, pensyarah i’jazul quraan
Fakulti Quraan dan Sunnah. Beliau yang ingin ke Port Klang mengambil
bagasi-bagasi untuk dibawa pulang ke khartoum.
Saya mencium tangan beliau di depan
orang ramai sehingga semua terasa terkejut. Ya, ini kerana mereka semua
mengandaikan beliau seorang lelaki India yang gila. Padahal di dalam
dada beliau penuh ilmu usul quraan dan habis. Tanya sahaja makna pada
perkataan-perkataan hadis, beliau akan menerangkan dengan penuh
terperinci.
Pensyarah yang tidak mempunyai kenderaan kecuali kedua kakinya.
Kenapa tuan keluar dengan berpakaian seperti ini?” soal saya pada dia.“Saya hanya berpakaian kemas di hadapan pelajar dan universiti. Di luar universiti, saya hanyalah manusia biasa,” katanya.
Semua mata tertumpu pada kami sehingga
membuatkan beliau terasa malu. Masakan tidak, orang menyangka dia
seorang lelaki India berstatus gelandangan sedang fasih berbahasa Arab.
Beliau sempat menghuraikan kepada saya
beberapa hadis dan athar sahabat dengan penuh ilmu sambil saya
membiarkan tren saya berlalu begitu sahaja kerana saya takut saya tidak
mempunyai peluang keemasan bersama dengan beliau di masa akan datang.
Beliau langsung tidak memandang ke arah
perempuan, malah jalannya sentiasa menunduk. Jika pelajar yang rajin ke
Surau Anggerik, beliau adalah jemaah harian di situ.
“Saya tidak pernah menaiki kenderaan ke
surau, malah saya ingin sentiasa berjemaah di sana tetapi apakan daya
Zohor dan Asar memaksa saya berjemaah di surau fakulti,” katanya.
MasyaAllah, tidak tinggal solat jemaah.
Beliau memberitahu yang kontraknya dengan USIM sudah tamat dan akan pulang ke khartoum selepas mengambil bagasi di Port Klang.
Hilangnya seorang alim mutiara ilmu di USIM. – Amir Zuhair
No comments:
Post a Comment