Tuesday 19 January 2016

Video: Habis Pintu Dewan Dipecah, Demi Borang PPR

SEBUAH video yang memaparkan kejadian orang ramai merempuh pintu di sebuah bangunan awam di Putatan, Sabah tersebar di media sosial.

Kejadian yang berlaku di Dewan Sri Putatan pada pagi Isnin itu dipercayai berpunca akibat orang ramai tidak mampu lagi bersabar untuk menunggu giliran bagi mendapat borang Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menerusi video yang berdurasi 2 minit 12 saat itu, di permulaan video kedengaran laungan seorang anggota polis mengatakan “Ha masuk! masuk lah, siapa masuk saya tangkap!”.

Namun tidak beberapa lama kemudian, balas seorang individu yang kepada laungan polis berkenaan dengan berkata “tangkap lah!” yang mana kemudiannya membuatkan pintu dewan tersebut dirempuh.

Apa yang boleh kami perkatakan setelah melihat video ‘rempuhan’ ini adalah hanya dua perkara saja, iaitu mentaliti rakyat dan sikap pihak berwajib yang tidak bersistematik dalam penjualan borang.

Adalah sebaiknya borang PPR itu diagihkan ke pejabat daerah yang mana pihak mereka boleh memberikan kuota penjualan dalam sehari bagi mengelakkan kesesakkan dan tidak salah rasanya jika mereka menjual borang tersebut secara di dalam talian agar orang ramai boleh memuat turun.

Video tersebut kini telah dipertontonkan lebih 200 ribu kali dan mendapat perkongsian melebih 1000 kali di laman Facebook.


Pintu Dewan Dirempuh Demi Borang PPR oleh mynewshub

sumber : mynewshub.cc/

No comments: