Hamidah ketika memberi ucapan dalam program tersebut.
IPOH - Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman
mengakui ditawarkan sesuatu untuk menutup mulut dari terus lantang
bersuara khususnya membabitkan kritikan terhadap kerajaan.
Hamidah yang hadir sebagai panel Wacana Perdana Selamatkan Malaysia
anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun tidak
mendedahkan bentuk tawaran yang dinyatakan.
"Jika diberi pilihan antara pemimpin dan parti, saya akan pilih parti,
tetapi jika antara parti dan negara, saya lebih utamakan kepentingan
negara dari parti.
"Apa yang terjadi (pemecatan dalam Umno) saya reda dan saya sanggup
ketepikan kepentingan diri kerana bimbang apa yang berlaku hari ini dan
apa yang akan berlaku pada masa akan datang," katanya ketika berucap
pada wacana tersebut.
Turut menjadi panel pada wacana tersebut, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.
Wacana Perdana Selamatkan Malaysia dianjurkan Perunding Ilmuan di sebuah hotel terkemuka di sini.
KLIK SISINI SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUKMENDAPATKAN PINJAMAN PERIBADI i-ISLAMIC
No comments:
Post a Comment