Saturday 27 February 2016

[Video] Remaja Wanita Maut Diserang Sawan Ketika Bergaduh


Seorang ramaja wanita menemui maut akibat di serang sawan secara tiba tiba ketika bergaduh dengan rekan sebayanya.

Dalam kejadian mangsa pada awalnya masih bisa bebalas tumbukan dengan lawannya namun ia jatuh dan diserang sawan.

Kemudian rekannya yang turut berada dilokasi kejadian cuba memberi pertolongan,namun sumber video mengatakan bahwa remaja wanita berkenan tidak bisa diselamatkan.

video Remaja wanita menemui maut diserang sawan ketika bergaduh masih belum di ketahui dengan jelas lokasi kejadian,sumber berkata video ini bukanlah di malaysia berkemungkinan besar ia berada di luar negara.



Video: Adakah Jaringan Faiz Subri Mampu Tandingi Jaringan Ini?


NAMA Mohd. Faiz Subri kini bukan sahaja jadi bualan penyokong tempatan, malah seluruh dunia selepas video sepakan percumanya itu menjadi viral sehingga sensasi ke luar negara.

Pemain kelahiran Kedah itu juga diangkat sesetengah pihak sebagai calon yang bakal memenangi Anugerah Puskas 2016, pengiktirafan kepada jaringan gol paling cantik dalam dunia bola sepak secara tahunan.

Namun, ‘segempak’ mana pun tendangan lencongan yang dilakukan Mohd. Faiz, pastinya tidak ‘segila’ gol paling unik yang dijaringkan oleh Assad Mendes dalam satu perlawanan pada tahun 2012 lalu.

Mana tidaknya, gol sendiri yang dijaringkan oleh penjaga gol itu berlawanan arah dengan arah tendangan yang disepak akibat daripada tiupan angin yang kuat, kah! – mynewshub.cc/


Remaja Mengaku Lakukan Hubungan S_eks Dengan Ayah


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja yang mendakwa dirogol oleh lima remaja lelaki ketika bersiar bersama bapanya mengaku dia sebenarnya melakukan hubungan seks secara rela dengan bapanya, awal Januari lalu.

Gadis yang identitinya tidak didedahkan mendakwa dia bersama bapanya yang berusia 39 tahun berada di taman berkenaan untuk minum pada jam 9 malam pada 7 Januari apabila didatangai sekumpulan remaja berkenaan.

Dia berkata, kumpulan remaja berkenaan menyuruh bapanya meninggalkan mereka sebelum bertindak merogolnya.

Ekoran dakwaan itu, Denzel Murray, 14, Shaquell Cooper, Ethan Phillip, masing-masing berusia 15 tahun dan Onandi Brown serta Travis Beckford berusia 17 tahun didakwa.

Dakwaan tersebut kini digugurkan selepas gadis tersebut  mengaku mengadakan hubungan seks secara rela dengan mereka dan bapanya.

Peguam daerah Brooklyn, Ken Thompson berkata, pengadu serta bapanya membuat kenyataan yang tidak konsisten kepada pasukan penyiasat.

"Pengadu telah menarik balik dakwaan serangan seksual dan penggunaan senjata api dan tidak akan meneruskan sebarang dakwaan jenayah terhadap mana-mana defendan," katanya dipetik Metro.uk

Pada mulanya, gadis berkenaan memberitahu penyiasat bahawa apabila bapanya kembali semula ke tempat kejadian dan melemparkan botol pada mereka, salah seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengarahkan dia pergi.

Ketua Polis Robert Boyce berkata pada masa itu, gadis berkenaan memberi laporan yang sangat boleh dipercayai, sambil menambah dia mengalami kecederaan fizikal pada masa itu dan trauma.

Bapanya menahan dua pegawai polis yang berada disitu dan memberitahu dia takut anak perempuanya akan dibunuh dan 'histeria'.

Gadis itu turut mendakwa dia mempunyai gangguan bipolar dan gangguan tekanan serta trauma, tetapi tidak mengambil sebarang ubat.

Selepas suspek didakwa, dua daripada mereka memberitahu penyiasat mereka percaya perhubungan seksual adalah diatas persetujuan," kata polis

Mereka mendakwa gadis itu telah mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki itu yang ternyata adalah bapanya, di taman sebelum dia beredar dari tempat kejadian, meninggalkan anaknya bersendirian dengan kumpulan remaja berkenaan.

Salah seorang dari remaja berkenaan mendakwa meminta kebenaran bapa gadis berkenaan untuk melakukan hubungan seksual.

Sementara itu, Thompson berkata, dia kini berharap gadis itu akan 'mendapat semua sokongan yang diperlukannya untuk masa hadapan.' - sinarharian.com.my/

Friday 26 February 2016

[ Video ] Asap Berkepul-Kepul, Hutan Batu Caves Terbakar


KAWASAN hutan di Batu Caves, Selangor dilaporkan terbakar pagi Jumaat melibatkan bukit batu kapur setinggi 60 meter. 

Api dilaporkan marak melibatkan kira-kira 10 hektar kawasan terjejas dan asap tebal sehingga dapat dilihat di sekitar Gombak dan kawasan berdekatan.

Sehingga pukul 8.20 malam ini, operasi pemadaman giat dijalankan pasukan bomba dan penyelamat yang melibatkan beberapa unit jentera dari balai Selayang, Rawang dan Gombak Selatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 10.42 pagi.

Sejumlah 20 anggota dan pegawai serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak Selatan terlibat dalam operasi. 

Jentera pertama tiba pada pukul 10.50 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi dan sehingga kini, kerja pemadaman masih giat dilakukan untuk mengawal kebakaran,” katanya ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Menurut Azrul juga, kawasan kebakaran adalah satu kilometer dari kuil Sri Subramaniyar namun tidak melibatkan pengguna jalan raya yang menggunakan lebuh raya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Katanya, khidmat bantuan dari udara mungkin digunakan bagi memantau keadaan dari angkasa ‎disebabkan kebakaran berlaku di kawasan berbukit yang cukup luas. 

Punca kejadian masih lagi disiasat dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan faktor cuaca panas menyumbang kepada berlakunya kebakaran. – mynewshub.cc/


Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas lalu terbakar di pesisir pantai dekat Kuala Selangor, pagi Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan anggotanya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang ramai pada pukul 8.47 pagi.

Difahamkan lapan mangsa yang menaiki pesawat itu termasuk juruterbang dilaporkan selamat.

Kesemua mangsa diselamatkan penduduk berhampiran lokasi menggunakan perahu.

Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Subang itu membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada 8.50 pagi.

"Lapan orang anak kapal dilaporkan selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut," kata kenyataan itu.

TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

"TUDM juga akan berusaha untuk membuat 'recovery' pesawat tersebut," kata kenyataan itu. - mstar.com.my/

KEJAM!!!....Bayi Lelaki Ditikam Lebih 12 Kali Masih Hidup

Kakitangan di Hospital Khon Kaen sedang memantau seorang bayi lelaki yang mengalami keadaan kritikal selepas ditemui dengan lebih 12 kesan tikaman dan ditinggalkan di dalam sebuah lubang.

BANGKOK: Polis Thailand sedang memburu pasangan kekasih kepada seorang bayi yang terselamat selepas ditikam beberapa kali dan ditanam hidup-hidup.

Bayi lelaki itu yang mempunyai lebih 12 kesan tikaman ditemui dalam sebuah lubang yang ditutupi dengan daun kering oleh seorang petani wanita di wilayah timur laut, Khon Kaen.

Wanita itu terdengar suara tangisan bayi tersebut semasa sedang memberi lembunya makan di sebuah ladang pada Selasa, lapor media tempatan.

"Kami mengerahkan polis untuk menjejaki suspek," kata pegawai polis, Nopporn Rithnual.

Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di wilayah tersebut.

Polis masih belum mengenal pasti motif insiden tersebut.

Namun difahamkan kes pengguguran haram adalah menjadi perkara biasa di Thailand, sebuah negara yang mempunyai kadar kehamilan luar nikah di kalangan remaja tertinggi di rantau ini. - mstar.com.my/