
KALAU kita salah parkir, dah dapat agak untuk menerima ‘surat cinta’
daripada majlis perbandaran tapi bagaimana pula jika orang majlis
sendiri yang melakukan kesalahan yang sama?
Senario seperti inilah yang berlaku di Dataran DwiTasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di ibu negara.
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) rancak mengeluarkan kompaun
kepada pemilik yang memakir kenderaan mereka di bahu jalan.
Nak saman orang ni memang senang, tapi pernah tak pihak majlis fikir
kesusahan pemilik kenderaan meletakkan kereta mereka di kawasan yang
mempunyai padat penduduk seperti Bandar Sri Permaisuri?
Sepatutnya pihak majlis menyediakan solusi untuk mengatasi masalah
ini dengan menyediakan tapak parkir yang mencukupi untuk menampung
jumlah kenderaan banyak di sini.
Dan lebih ‘mengharukan’ adalah apabila DBKL sendiri membuat kesalahan
meletakkan kenderaan rasmi mereka di bahu jalan sama seperti kenderaan
lain yang mereka saman sebentar tadi.
Kenderaan itu bukan milik penguatkuasa yang keluarkan saman tetapi oleh kakitangan mereka yang lain.
Jadi gambarannya, DBKL macam raja boleh parking di mana-mana ikut suka hati tetapi orang biasa kena saman.
Menurut seorang ‘mangsa’ saman yang tidak mahu dirinya dikenali, dia
pernah bertikam lidah dengan salah seorang pegawai DBKL yang
menyamannya.
Dia yang mempunyai urusan penting di bank pada hari itu telah
meletakkan keretanya di bahu jalan, dan apabila dia bertanya di mana
untuk meletakkan kereta supaya tidak disaman, pegawai itu menjawab… “Itu bukan masalah saya.”
*Habis tu ni masalah siapa sebenarnya?
Pihak majlis memang lebih cenderung untuk menyenangkan pihak sendiri
daripada menjalankan tugas mereka iaitu berkhidmat kepada masyarakat.
Menurut satu sumber yang kami peroleh, terdapat sebidang tanah yang
dipercayai milik DBKL di sebuah kawasan yang tidak jauh daripada Dataran
DwiTasik, tetapi ia digunakan untuk membina bangunan dengan pemaju
Cina.
Sepatutnya, pihak majlis menggunakan tanah itu untuk membina sebuah kompleks parkir bagi memudahkan penduduk sekitar.
Ini tidak! Daripada meringankan beban penduduk setempat, DBKL hanya
memikirkan keuntungan yang akan masuk ke dalam poket mereka!!!
Jumlah parking tidak cukup, tanah yang sepatutnya digunakan untuk
membantu memudahkan masyarakat dimajukan untuk tujuan komersial dan
faedah sendiri.
Tak cukup-cukup lagi ke hasil jualan cukai yang dikutip daripada
rakyat, sehinggakan mereka sanggup menggadaikan tanah milik kerajaan
untuk mengaut keuntungan yang akhirnya menyenangkan pihak mereka dan
tidak langsung membantu rakyat setempat.
Sementara itu, dalam hal saman-menyaman akibat kesalahan parkir itu,
pihak DBKL haruslah mencari jalan untuk mengatasi masalah kekurangan
tempat letak kereta daripada terus berlaku.
Kaedah mengenakan denda tidak lagi relevan untuk masa kini. Jika
keadaan ini terus berterusan, tak mustahil DBKL juga bakal menjadi tidak
relevan dalam pentadbiran tempatan. – mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment