Kakitangan di Hospital Khon Kaen sedang memantau seorang bayi lelaki
yang mengalami keadaan kritikal selepas ditemui dengan lebih 12 kesan
tikaman dan ditinggalkan di dalam sebuah lubang.
BANGKOK: Polis Thailand sedang memburu pasangan
kekasih kepada seorang bayi yang terselamat selepas ditikam beberapa
kali dan ditanam hidup-hidup.
Bayi lelaki itu yang mempunyai lebih 12 kesan tikaman ditemui dalam
sebuah lubang yang ditutupi dengan daun kering oleh seorang petani
wanita di wilayah timur laut, Khon Kaen.
Wanita itu terdengar suara tangisan bayi tersebut semasa sedang
memberi lembunya makan di sebuah ladang pada Selasa, lapor media
tempatan.
"Kami mengerahkan polis untuk menjejaki suspek," kata pegawai polis, Nopporn Rithnual.
Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di wilayah tersebut.
Polis masih belum mengenal pasti motif insiden tersebut.
Namun difahamkan kes pengguguran haram adalah menjadi perkara biasa
di Thailand, sebuah negara yang mempunyai kadar kehamilan luar nikah di
kalangan remaja tertinggi di rantau ini. - mstar.com.my/
No comments:
Post a Comment