NORAINI
bersama WAN Zainuddin menunjukkan gambar Wan Syazlin dan laporan polis
berhubung kehilangan anak mereka di kediamannya di Jalan Beris, Kampung
Jambu Golok/Telaga Emas, bandar Paka, Dungun semalam.
DUNGUN – Seorang gadis
remaja yang didakwa gagal pulang semula ke rumah keluarganya di Kampung
Telaga Emas dekat sini sempena cuti semester sejak 18 hari lalu
menimbulkan rasa resah dalam kalangan ahli keluarganya.
Wan Syazlin Wan Zainuddin, 19, yang merupakan penuntut semester kedua
kursus Diploma Perakaunan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
(Polisas) di Semambu, Kuantan dipercayai keluar dari asramanya sejak 5
Februari lalu.
Ibunya, Noraini Abu Bakar, 50, memberitahu, kehilangan anak keempat
daripada tujuh beradik itu disedari setelah remaja itu gagal dihubungi
sejak 7 Februari lalu.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment