CIMB cawangan Bestari Jaya
KUALA SELANGOR – Satu cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik
(ATM) Bank CIMB cawangan Bestari Jaya di sini awal pagi Khamis bukan
sahaja mencetuskan keanehan malah cukup emalukan.
Dalam kejadian kira-kira jam lima pagi itu, penjenayah yang
menggunakan bantuan sebuah jengkaut untuk cuba memecahkan ATM di bank
tersebut yang terletak dalam jarak hanya 500 meter dari Balai Polis
Bestari Jaya.
Menurut salah seorang penduduk tempatan di situ yang enggan dikenali,
kejadian yang berlaku itu amat memeranjatkan kerana lokasi rompakan
berkenaan terletak sangat hampir dengan sebuah balai polis.
“Saya pelik bagaimana perkara ini boleh perlaku, bank itu
kebetulan terletak berdekatan sahaja dengan balai polis, mustahil pihak
polis di situ tidak boleh hendak halang ianya daripada berlaku.”
Semasa kejadian, masih belum dipastikan sama ada pengawal keselamatan
berada di bank itu ataupun tidak tetapi kebiasaannya pada waktu malam
terdapat anggota pengawal yang berada di dalam cawangan bank tersebut.
Persoalannya, apakah sedang dilakukan anggota polis yang bertugas
sewaktu kejadian ini berlaku? Mustahil dengan jarak tidak begitu jauh
mereka tidak dengar bunyi dentuman jentera itu rempuh bangunan bank
tersebut?
Adakah mereka lena dibuai mimpi hingga langsung tidak dapat dengar
bunyi kuat yang terhasil akibat dentuman kaca berderai dari bank itu
atau mereka ‘buat-buat’ tidak dengar sahaja sambil ambil mudah perkara
seperti ini?
Musim perayaan Tahun Baharu Cina juga sudah berakhir, jadi tidak
mungkin mereka keliru dengan bunyi mercun di awal pagi sampai gagal
membezakan antara dentuman kaca bangunan pecah mahupun pembakaran
mercun?
Pihak polis yang cuba dihubungi MYNEWSHUB setakat ini masih belum
lagi memberikan apa-apa kenyataan berkaitan insiden pelik tersebut yang
mencetuskan sensasi dalam kalangan penduduk tempatan sendiri. - mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment