Monday, 22 February 2016

Gambar dan Video : Padah Parkir ‘Block’ Jalan, 18 Kereta Rosak Dirempuh



Antara kereta yang rosak teruk selepas dikatakan dirempuh pemandu lori kerana parkir hingga menghalang laluannya, di Pulau Pinang.

GARA-GARA berang dengan kenderaan yang diparkir hingga mengganggu lalu lintas dan menghalang laluannya, seorang pemandu lori dilaporkan merempuh kenderaan yang terbabit hingga rosak teruk.

Kejadian yang mengakibatkan 18 kereta mengalami kerosakan itu dikatakan berlaku berhampiran Pasar Awam Taman Berjaya, Nibong Tebal, Pulau Pinang tengah hari tadi.

Berikut gambar kenderaan yang rosak akibat rempuhan pemandu lori terbabit yang kemudiannya bertindak melarikan diri, seperti dikongsikan di Facebook Penang Kini. 

Tak dinafikan sesiapa pun akan marah apabila jalan dihalang oleh kenderaan yang diparkir bukan di tempat sepatutnya, tapi tindakan sebegini akan membuatkan lebih ramai lagi orang yang marah kat pemandu lori tu rasanya. – mynewshub.cc/Oleh: Rem Ramzi





No comments: