Saturday, 1 March 2014

Tips hindari selsema!



Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Kajian mendapati terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim.

Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Gejala selsema sering membuat anda berasa tidak selesa.

Bagi kanak-kanak, gejala ini kebiasaannya dirawat dengan menyapu kunyit yang telah dicampurkan dengan kapur sirih pada hidung bayi. Malah lendir dari batang sireh yang telah dihancurkan ataupun lendir dari daun sireh yang diramas juga dikatakan berkesan disapu sepanjang hidung bayi.

Berbeza dengan orang dewasa, terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi mengatasi gejala selsema.

Mulakan langkah pertama iaitu mengatasi gejala selsema dengan membasahkan ubun-ubun tidak kira sama ada pada waktu hujan mahupun panas.

Manakala sekiranya mahu mandi, pastikan anda tidak mandi lewat terutamanya pada waktu malam. rasa sejuk dingin malam hanya akan membuatkan gejala selsema yang anda alami menjadi lebih teruk. Selewat-lewatnya mandi pada waktu petang dengan menggunakan air suam.

Langkah terbaik untuk mengatasi penyakit selsema adalah dengan mengamalkan petua mencampurkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau dan diperahkan airnya lalu diminum. Sekiranya anda konsisten mengamalkan petua ini sekali dalam sehari, masalah selsema tiada lagi.

Meminum susu panas dicampurkan dengan sedikit serbuk kulit kayu manis turut membantu anda mengatasi selsema. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam susu panas dan kulit kayu manis mampu menghangatkan badan anda dengan segera.

Sekiranya ia masih belum berkesan, kunyah sedikit kulit kayu manis juga boleh membantu mengurangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan. Namun pastikan ia di basuh terlebih dahulu sebelum dikunyah. Selamat mencuba!

'Suami buat saya macam mesin ATM'

NIA derita kerana terpaksa menanggung beban hutang suami.

KUALA LUMPUR - "Berkahwin dengan lelaki muda satu kesilapan besar dalam hidup saya. "Hampir sedekad berkahwin, segala makan minum termasuk pinjaman kereta dan rumah saya bayar, pendek kata dia buat saya macam mesin ATM (mesin pengeluar wang automatik)."

Demikian keluhan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Nia, 38, yang menceritakan kekesalannya mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang seolah-olah mengambil kesempatan ke atasnya kerana dirinya bergaji besar.

Cerita Nia yang sudah 16 tahun berkecimpung dalam dunia perbankan, dia mula merasakan perkahwinannya bermasalah selepas suaminya berhenti kerja ketika dia baru melahirkan anak pertama.

"Alasan dia berhenti kerana mahu cari kerja yang setaraf dengan saya namun semua misinya untuk bergaji lebih daripada saya tak kesampaian hingga saya mengandung anak ketiga," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

Friday, 28 February 2014

Untung sebelum cukai CIMB naik kepada RM5.85b

KUALA LUMPUR - Untung sebelum cukai CIMB Group Holdings Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 meningkat kepada RM5.85 bilion berbanding RM5.64 bilion pada 2012.
 
Pendapatan meningkat kepada RM14.67 bilion berbanding RM13.49 bilion sebelumnya, kata penyedia perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku keempat, untung sebelum cukainya merosot kepada RM1.36 bilion berbanding RM1.37 bilion dalam tahun kewangan 2012, manakala hasil naik kepada RM3.8 bilion daripada RM3.37 bilion.

Bank itu berkata, suasana operasi pada 2013 lebih mencabar daripada dijangka, terutama di Indonesia dan pasaran kewangan serantau.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Nazir Razak, berkata walaupun sumbangan daripada CIMB Niaga merosot, bahagian lain telah menunjukkan prestasi menggalakan.

Nazir berkata, kumpulan itu akan terus berkembang pesat di Malaysia, Singapura dan memulihkan momentum di Indonesia.

Di Thailand, katanya, kumpulan berkenaan perlu lebih fokus dan tangkas untuk mengharungi suasana yang tidak menentu. - Bernama

Daftar Borang Rumah PR1MA Malaysia 2014 : Perumahan PRIMA RM100K-RM400K. RM200K Bulanan RM400-RM500 sahaja?

Daftar Borang Rumah PR1MA Malaysia 2014. Perumahan PRIMA : Berita Semasa mendapatkan aduan daripada kalangan pembaca, yang mana portal PR1MA Malaysia sedang mengalami masalah akses ketika ini, yang mana beberapa halaman pada portal PR1MA mengalami gangguan dan tidak boleh dibuka.

Berita Semasa diberitahu bilangan yang mula daftar borang permohonan rumah PR1MA Malaysia (SEPERTI DI SINI) semakin meningkat & melonjak naik dengan projek perumahan PRIMA semakin meluas dan rancak ketika ini. Walaubagaimanapun…

Walaubagaimanapun, Berita Semasa difahamkan masalah tersebut sedang cuba diperbaiki secepat mungkin oleh pihak PR1MA Malaysia sendiri. Harap bersabar…..Yang mana belum daftar borang PR1MA Malaysia 2014 secara online dan dalam pada masa yang sama memiliki pendapatan isi rumah bulanan (suami dan isteri), anda boleh hantarkan borang permohonana PR1MA Malaysia secara online dengan cara dengan seperti di bawah ini:
prima malaysia
  • Rumah teres PR1MA Malaysia berukuran dari 1,400 kps hingga 1,700 kps
  • Apartmen PR1MA Malaysia berukuran dari 670 kps hingga 1,300 kps
  • Projek perumahan PR1MA Malaysia berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000. 

Cara Daftar Borang Pr1ma 1 Malaysia : Projek Perumahan PRiMA

rumah pr1ma malaysia
  1. Anda perlu daftar terlebih dahulu, dan selepas itu anda akan mendapat akses bagi borang permohonan PR1MA 2014 secara online.
  2. Untuk daftar PR1MA, anda boleh layari layari http://www.pr1ma.my/howtoapply.html
  3. Sila baca syarat kelayakan permohonan PR1MA Malaysia terlebih dahulu dan dokumen yang diperlukan.
  4. Dan apabila anda sudah bersedia, anda boleh lakukan proses daftar borang rumah PR1MA Malaysia ini.

Daftar Borang PR1MA Malaysia 2014 : Senarai Projek Perumahan PRIMA Malaysia

  1. Rumah PRIMA 1 Malaysia di Negeri Sembilan (6,174 unit rumah)
  2. Rumah PR1MA 1 Malaysia di Selangor (8,872 unit rumah)
  3. Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Kuala Lumpur (4,636 unit rumah)
  4. Rumah PRIMA 1 Malaysia di Johor (7,539 unit rumah)
  5. Rumah PR1MA Malaysia di Pulau Pinang (2,510 unit rumah)
  6. Rumah PRIMA 1 Malaysia di Kedah (1,349 unit rumah)
  7. Perumahan PR1MA Malaysia di Perak (208 unit rumah)
  8. Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Pahang (1,152 unit rumah)
  9. Perumahan PRIMA Malaysia di Sabah (9,910 unit rumah)
  10. Rumah PR1MA Malaysia di Sarawak (1,877 unit rumah)
Bagi yang berminat daftar borang rumah PR1MA Malaysia ini, anda wajib untuk tinggal di rumah PRiMA tersebut dan anda tidak dibenarkan sesekali jual rumah tersebut atau pindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.

Lonjakan jumlah yang berminat untuk daftar PR1MA Malaysia (Projek perumahan PriMA) sejak akhir-akhir disebabkan lonjakan harga rumah di beberapa bandar-bandar utama di Malaysia dan juga dikatakan Perdana Menteri akan melancarkan skim bayaran bulanan pinjaman serendah RM400-RM500 untuk harga rumah PR1MA sekitar RM200,000 (KLIK SINI BERITANYA). Nantikan…..

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/daftar-borang-rumah-pr1ma-malaysia-prima

BR1M 4.0 2015 Naik Lagi Menjadi RM950 (RM3k Ke Bawah), RM750 (RM3k-RM4k) & RM600 (Bujang). Tambahan BR1M Khas GST RM300!

BR1M 4.0 2015 Naik Lagi (Tambahan BR1M Khas GST RM300) : Gelombang GST 2015 (SEPERTI DI SINI) untuk dirasai bahangnya oleh rakyat Malaysia sudah tidak lama sahaja lagi.

Bersedia atau tidak, kalangan ahli perniagaan, usahawan, rakyat Malaysia perlu menghadapinya. Pejam celik pejam celik, akan menginjak April 2015. Dan bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban yang bakal dihadapi rakyat Malaysia kelak kerajaan Malaysia bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas. Butirannya?

BR1M 4.0 2015 : Butiran BR1M Khas GST 2015?

  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas GST 2015 membolehkan bayaran BR1M 4.0 2015 RM300 yang merupakan tambahan kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
  • Ini bermakna jika anda sekarang telah menerima RM650 (bagi kelayakan isi rumah RM3000 dan ke bawah), anda bakal layak menerima RM650 +RM300 (bayaran khas GST 2015)
  • Begitu jika anda terima bayaran BR1M 3.0 2014 dengan jumlah RM450 (bagi isi rumah RM3000-RM4000) dan RM300 (bujang berpendapatan RM2000 dan ke bawah), bermula tahun dapat dijangka anda akan menerima bantuan bayaran khas GST 2015 sebanyak RM300 menjadikan BR1M 4.0 2015 anda menjadi RM750 & RM600. Jelas?
Apa pandangan dan respon balas dengan pengumuman terbaru Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai BR1M 4.0 2015 naik lagi menjadi RM950,RM750 & RM600 dengan adanya bantuan bayaran BR1M khas GST 2015 kelak?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/br1m-4-2015-naik-lagi-khas-gst

Thursday, 27 February 2014

Ringgit Malaysia Kembali Jatuh US$1.00=RM3.283. Tahun 2014, Kuasa Beli Rakyat Malaysia Juga Jatuh?

Jikalau (DI SINI), rakyat disuapkan dengan berita penurunan dividen dan bonus ASB, kali ini penurunan nilai matawang ringgit Malaysia agak merisaukan kita semua. Dikala, kerajaan mengejar status negara perpendapatan tinggi nilai matawang ringgit kita masih dilihat lemah ketika ini. Dengan….

Dengan pengumuman demi pengumuman kenaikan kos bermula tahun depan tahun 2014 yang bakal menghimpit rakyat Malaysia, Berita Semasa menjangkakan nilai RM1 yang di bawa oleh rakyat Malaysia akan menyusut kepada 90 sen ataupun paling teruk lagi 80 sen untuk tahun-tahun berikutnya. Ini secara tidak langsung bakal memberikan kesan besar kepada nilai matawang ringgit Malaysia.

Kuasa Beli Rakyat Malaysia VS Kuasa Beli Rakyat Singapore

Malaysia VS Singapore
Kejatuhan nilai matawang Malaysia juga bakal menyebabkan kuasa beli kalangan rakyat seperti anda, anda di sini semakin berkurangan.
Anda boleh semak sendiri, nilai matawang Ringgit Malaysia mula menunjukkan “wajah yang sebenar” selepas berakhirnya bahang Pilihanraya Umum ke 13. Dan penganalisis ekonomi menjangkakan nilai matawang ringgit akan terus jatuh selepas ini jika dibandingkan Dollar Singapore contohnya.
Nilai Matawang Malaysia
Dan berita ini pastinya adalah satu berita gembira  buat rakyat Singapore untuk sakan berbelanja  di negara kita yang bernama Malaysia.
Dan, itu sebablah rakyat Malaysia tidak perlu terkejut apabila pengumuman kenaikan harga dan kos di Malaysia yang diumumkan secara mendadak ketika ini. Ini adalah berkait rapat dengan kemampanan ekonomi Malaysia ketika ini dibandingkan hutang negara serta perbelanjaan kerajaan terhadap dana negara. Apa respon balas anda pula?.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

Wednesday, 26 February 2014

BREAKING NEWS : Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH

Kerajaan Selangor Bayar Pampasan RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) : Masalah demi masalah yang dihadapi rakyat Selangor ketika ini termasuk pendedahan punca beberapa siri masalah air di Selangor (SEPERTI DI SINI), secara tiba-tiba….Berita yang baru diterima, apabila….

Berita yang baru diterima, apabila kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama untuk membenarkan kerajaan Selangor untuk beli bayar dengan pampasan sejumlah RM9,500,000,000 juta (RM9.65 bilion) sekaligus terus mengambilalih pengurusan syarikat air di Selangor seperti :

Pampasan Beli Syarikat Konsesi Air Selangor : Senarai Syarikat Terima Bayaran Lumayan RM9.65 Bilion!!

  1. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
  2. Puncak Niaga Sdn Bhd
  3. Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas)
  4. Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).

Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor VS Kerajaan Malaysia Terus Bina Langat 2!

  1. Dan perjanjian kerajaan Selangor & kerajaan malaysia ini juga Perjanjian tersebut membuka laluan untuk pembinaan pusat rawatan air Langat 2
  2. Kerajaan Selangor dapat Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH
  3. Kerajaan Malaysia dapat terus dengan projek pembinaan pusat rawatan air Langat 2
  4. Satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
  5. Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan
Air SelangorBermakna, kerajaan Selangor sekarang ini bakal memiliki kawalan penuh terhadap pengurusan air Di Selangor termasuk tarif di Selangor sekaligus meredakan sedikit sebanyak ketegangan mengenai isu air dan mungkin situasi menang-menang juga bagi kedua-dua pihak.
Seperti janji kerajaan Selangor sebelum ini, dengan bayar pampasan sejumlah RM9,65 bilion untuk beli pengurusan syarikat air Selangor ini, dijangka rakyat Selangor bakal menjadi ‘taukeh dalam industri air Selangor’ di mana apabila Kerajaan Negeri bakal menerbitkan saham air sebagaimana pengalaman Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan antara rakyat & kerajaan Malaysia ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini.
P/S : Apa kata rakyat Selangor amnya dan rakyat malaysia umumnya dengan hasil perjanjian kali ini, di mana kerajaan Selangor dapat beli syarikat konsesi air di Selangor dengan nilai sejumlah RM9.65 bilion?

Rayuan BRIM 2014 Bermula 15 Mac 2014 (LHDN) : Tak Dapat Lagi BR1M? Pembayaran BRIM 3.0 SeHingga 15 Mac 2014!

Daftar Rayuan BRIM 2014 - Tak Dapat Lagi BR1M 3.0 : Dengan sekitar 17,000 penerima BR1M yang layak menolak untuk menerimanya & kerajaan Malaysia membuka ruang rayuan BRIM, memberikan sedikit sebanyak sinar harapan kepada pemohon yang tak dapat lagi BRIM berdasarkan masalah yang diadukan sendiri yang dihantarkan mereka (DI SINI). Berdasarkan….
Berdasarkan semakan Berita Semasa di Facebook Barisan Nasional (BN) memaklumkan yang mana masih mendapati BR1M tak dapat lagi BRIM 3.0, pembayaran BR1M 2014 3.0 akan dibayar secara berperingkat-peringkat selewat-lewatnya 15 Mac 2014 ini.

rayuan brim 2014

Tak Dapat Lagi BR1M 2014? Lagi Contoh BRIM Bagi Impak Seperti Di bawah Ini

Pelbagai barangan dapat dibeli, pun masih lagi berbaki RM22.10. Infografik disediakan oleh kerajaan Malaysia

Tak Dapat Lagi BR1M? Hubungi Talian Hotline @ Terus Hadir Ke Pejabat LHDN

  • TALIAN HOTLINE :
  • TALIAN BR1M – 1-800-88-2716
  • INSURAN BR1M (i-BR1M) – 03-2716 2716
Dan berdasarkan kunjungan Berita Semasa ke Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN), Berita Semasa difahamkan jikalau anda terus menunggu dan menunggu sehingga 15 Mac 2014 ini tetapi BR1M tak dapat lagi BRIM 2014 @ ditolak permohonan BR1M anda, anda masih mempunyai peluang dengan cara daftar rayuan BRiM 2014 3.0 di mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan selepas itu.

daftar rayuan brim

Cara Daftar Rayuan BRIM 2014 3.0 Jika Tak Dapat Lagi Br1M?

  1. Anda datang sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BRIM 3.0 2014 bermula 15 Mac 2014 ini
  2. Di pejabat LHDN, pastikan segala dokumen sokongan seperti penyata gaji dan tanggungan lain untuk semakan semula LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan permohonan rayuan BRIM anda
  3. Pastikan juga, anda hantar dokumen sokongan + berserta rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan BRIM 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan sangat cerah.
  4. Pembayaran rayuan BRIM 3.0 2014 akan dibuat ke akaun bank anda.
P/S : Nasihat Berita Semasa yang masih tidak tahu lagi status BR1M anda, terus hadir ke pejabat LHDN untuk melakukan semakan BRiM di sana.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/daftar-rayuan-brim-2014-lhdn-dapat-br1m

Tuesday, 25 February 2014

RM36.8 juta bantu pesawah

Petani, Daud Yahya, 64, berdoa supaya hujan turun di Pendang, Kedah semalam. Di belakangnya tanah sawah yang kering kontang.

PENDANG - Kerajaan memperuntukkan wang ihsan berjumlah RM36.8 juta bagi membantu seramai 3,877 petani di sekitar Kedah dan Perlis yang terlibat dengan pembatalan penanaman padi selama dua musim pada tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap seorang petani itu akan menerima bantuan RM2,645.50 bagi setiap hektar sawah yang dibatalkan musim penanaman.

Beliau berkata, pembatalan tanaman padi dua musim itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pembinaan semula tanah jerlus dan baik pulih sistem saliran dijalankan di sawah padi berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
sumber dipetik dari:-http://www.kosmo.com.my/kosmo/

Monday, 24 February 2014

Aduan Duit BR1M 3.0 2014 : Hantarkan Respon Balas Cara Agihan BRIM DI SINI? Syukur, Terima Kasih @ Tidak Puas Hati?

Aduan Duit BR1M 3.0 2014. Cara Agihan BRIM : Walaupun Br1M 3.0 2014 telah mula diagihkan bermula seawal malam Khamis minggu lepas (DI SINI BUKTINYA), tetapi sehingga sekarang pelbagai aduan dan kecaman terhadap pelaksanaan BR1M yang diberikan oleh rakyat Malaysia umumnya dan penerima BR1M amnya.

Rata-rata dilihat kurang berpuas hati atas sebab dan alasan tertentu. Walaubagaimanapun, ramai juga yang berlapang dada dengan pelaksanaan BR1M yang dilihat sedikit sebanyak membantu perbelanjaan untuk seketika waktunya dan juga cara terima pembayaran BR1M terus ke akaun mereka, mendapat respon positif daripada penerima BRIM 2014.

Aduan Duit BR1M 3.0 2014 : Antara Aduan Yang Berita Semasa Terima

  1. Ada penerima yang hanya mendapat RM450 sahaja, sedangkan pendapatan isi rumah mereka tidak lebih RM3,000 sebulan. Ada yang mengalami situasi seperti ini?
  2. Ada yang melihat sendiri, kalangan yang tidak layak berdasakan pendapatan bulanannya (diluar kumpulan penerima) tetapi tanpa segan silu menikmati ganjaran BR1M. Erm….
  3. Ada penerima yang amat yakin memperolehi BR1M berdasarkan pendapatan bulanan @ pendapatan isi rumah mereka setiap bulan tetapi sehingga ke hari ini tiada khabar berita yang menggembirakan untuk mereka walaupun setiap hari membuat semakan di ATM ataupun melalui pembankan Internet
  4. Tiada disediakan kemudahan semakan keputusan BR1M online yang menyebabkan kalangan pemohon terus tertunggu-tunggu keputusan BR1M 3.0 2014 samada mereka layak atau tidak
  5. Malahan kemudahan hotline yang disediakan kurang efektif, maklum balas melalui email. Masakan boleh kemudahan seperti ini mampu menampung persoalan daripada lebih 6 juta pemohon BR1M 3.0 2014?
  6. Ramai yang menemplak kerajaan Malaysia telah menipu rakyat Malaysia dengan berjanji untuk memberikan sehingga RM1200 bagi BR1M 3.0 2014 seperti yang mereka lihat dalam manifesto BN sebelum ini, sebaliknya hanya RM650 diterima mereka. (BERITA SEMASA ADA JELASKANNYA DI SINI)
  7. Dan Berita Semasa perhatikan ada tidak mahu BR1M ini diteruskan & nilai BR1M dinaikkan dengan cara mengurangkan subsidi rakyat Malaysia dikurangkan, dan rata-rata mahukan subsidi rakyat Malaysia melibatkan dikembalikan & kawalan harga barang di Malaysia di kawal. 
  8. Apa pula aduan dengan pelaksanaan BR1M 3.0 2014 kali ini?
  9. Dan, apa pula respon balas kalangan anda yang telah menerima BR1M 2014 ini? Syukur, Terima Kasih @ Tidak Puas Hati? Ada cadangan?
Hantarkan segala pandangan dan respon balas anda di sini, Berita Semasa akan cuba panjangkan segala aduan & malum balas yang dihantar oleh anda di sini kepada pihak LHDN.
Segala cadangan yang anda hantar & kongsikan, sekurang-kurangnya masalah dan situasi yang dihadapi oleh pemohon BR1M tidak akan berulang lagi bagi edisi BR1M yang seterusnya selepas ini iaitu BR1M 4.0 2015 pula?
sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/aduan-duit-br1m-3-0-2014-brim

17,000 penerima yang layak tolak BR1M tahun ini

Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lalu mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.
"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan. Ahmad Husni berkata, nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M. Sementara itu, beliau berkata, 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya.

Mengulas mengenai ada penerima yang tidak layak tetapi masih menerima bantuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penerima terbabit untuk memaklumkan kepada kerajaan.
"Tulis surat dan beri nama orang itu. Kita akan semak dan ambil tindakan," katanya.

Ahmad Husni turut menasihatkan orang ramai supaya mengisi borang permohonan BR1M dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan itu.

Sebanyak 5.4 juta penerima BR1M 2014 yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan melalui akaun mereka semalam manakala kira-kira dua juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula hari ini.
Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450. - Bernama, 23 Februari, 2014.

Sunday, 23 February 2014

BR1M Naik RM1200 Tahun 2019. Nantikan 5 Tahun lagi! Selepas PRU 14?


Tarikh Pembayaran BR1M Naik RM1200 Tahun 2019 : Nampaknya ramai yang sudah menerima bahagian masing-masing melalui pembayaran BR1M seperti (DI SINI).

Walaubagaimanapun, ramai sebenarnya yang masih kabur lagi dengan janji pembayaran BR1M di mana ramai yang mengharapkan pembayaran BR1M naik sehingga RM1,200 dalam BR1M 3.0 2014 kali ini. Sebenarnya….

Sebenarnya janji pembayaran BR1M sebanyak RM1,200 hanya akan naik ke paras tersebut secara berperingkat seperti dalam akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) (KLIK SINI SUMBERNYA).. Bukannya, naik sekaligus yang diharapkan & difikirkan ramai orang selama ini.

Tarikh Pembayaran BR1M Naik RM1200 Tahun 2019 : Lepas PRU?

Terbaru, dalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib ada beritahu sekali lagi yang mana BR1M akan naik sehingga RM1,200 dalam 5 tahun daripada sekarang. Dalam erti kata lain, kemungkinan besar selepas Pilihanraya Umum ke 14. Mungkin? Itu bahasa kasarnya. Bahasa halusnya, bermakna….anda perlu berikan peluang kepada Barisan Nasional sekali lagi dengan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 14. Hadiahnya? BR1M RM1,200. Benarkah? 
Untuk pembayaran BRIM 3.0 2014 kali ini, sejumlah RM4.5 bilion dana negara telah dibelanjakan. yang mana dibahagikan pembayaran BR1M 3.0 2014 kepada 3 kelompok :
  • Anda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerima wang tunai RM650 + RM50 untuk skim insurans Takaful
  • Anda yang berpendapatan antara RM3, 000 dan RM4, 000 masing-masing menerima wang tunai RM450 + insurans RM50
  • Bujang yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan tanpa tanggungan menerima RM300
Bagaimana kalangan pemohon BR1M 3.0 2014, adakah anda semua sudah mula menerimanya? Apa perancangan anda dengan wang BR1M tersebut?  Ada atau tidak sebarang masalah dan kesulitan yang dihadapi sepanjang proses pengagihan BR1M yang sedang berlaku ketika ini, mohon kongiskan bersama rakan pembaca Berita Semasa di sini.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

Harta karun RM6.58 bilion diburu

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KULAIJAYA – Selepas lima kurun tenggelam di Selat Melaka dekat Aceh, Indonesia, kapal dagang Flor de la Mar yang mengandungi khazanah dianggarkan AS$2 bilion (RM6.58 bilion) kini menjadi buruan pencari harta karun.

Kapal tersebut dipercayai tenggelam ketika membawa khazanah yang dirampas daripada Kesultanan Melaka yang jatuh ke tangan penjajah itu pada tahun 1511.

Khazanah tersebut meliputi 22 peti wang emas dan perak, dua patung monyet emas bertatah batu permata yang dihadiahkan oleh kerajaan Thai kepada Melaka serta pelbagai manuskrip.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan bagi mengetuai eksplorasi untuk mencari harta karun itu.

Beliau berkata, projek pengapungan kapal dagang Portugis itu akan menelan belanja AS$30 juta (RM98.7 juta).

Katanya, ia akan dilakukan secara bersama oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Portugal dan perkara itu telah diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.