Tuesday 25 February 2014

RM36.8 juta bantu pesawah

Petani, Daud Yahya, 64, berdoa supaya hujan turun di Pendang, Kedah semalam. Di belakangnya tanah sawah yang kering kontang.

PENDANG - Kerajaan memperuntukkan wang ihsan berjumlah RM36.8 juta bagi membantu seramai 3,877 petani di sekitar Kedah dan Perlis yang terlibat dengan pembatalan penanaman padi selama dua musim pada tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap seorang petani itu akan menerima bantuan RM2,645.50 bagi setiap hektar sawah yang dibatalkan musim penanaman.

Beliau berkata, pembatalan tanaman padi dua musim itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pembinaan semula tanah jerlus dan baik pulih sistem saliran dijalankan di sawah padi berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
sumber dipetik dari:-http://www.kosmo.com.my/kosmo/

No comments: