Thursday, 27 February 2014

Ringgit Malaysia Kembali Jatuh US$1.00=RM3.283. Tahun 2014, Kuasa Beli Rakyat Malaysia Juga Jatuh?

Jikalau (DI SINI), rakyat disuapkan dengan berita penurunan dividen dan bonus ASB, kali ini penurunan nilai matawang ringgit Malaysia agak merisaukan kita semua. Dikala, kerajaan mengejar status negara perpendapatan tinggi nilai matawang ringgit kita masih dilihat lemah ketika ini. Dengan….

Dengan pengumuman demi pengumuman kenaikan kos bermula tahun depan tahun 2014 yang bakal menghimpit rakyat Malaysia, Berita Semasa menjangkakan nilai RM1 yang di bawa oleh rakyat Malaysia akan menyusut kepada 90 sen ataupun paling teruk lagi 80 sen untuk tahun-tahun berikutnya. Ini secara tidak langsung bakal memberikan kesan besar kepada nilai matawang ringgit Malaysia.

Kuasa Beli Rakyat Malaysia VS Kuasa Beli Rakyat Singapore

Malaysia VS Singapore
Kejatuhan nilai matawang Malaysia juga bakal menyebabkan kuasa beli kalangan rakyat seperti anda, anda di sini semakin berkurangan.
Anda boleh semak sendiri, nilai matawang Ringgit Malaysia mula menunjukkan “wajah yang sebenar” selepas berakhirnya bahang Pilihanraya Umum ke 13. Dan penganalisis ekonomi menjangkakan nilai matawang ringgit akan terus jatuh selepas ini jika dibandingkan Dollar Singapore contohnya.
Nilai Matawang Malaysia
Dan berita ini pastinya adalah satu berita gembira  buat rakyat Singapore untuk sakan berbelanja  di negara kita yang bernama Malaysia.
Dan, itu sebablah rakyat Malaysia tidak perlu terkejut apabila pengumuman kenaikan harga dan kos di Malaysia yang diumumkan secara mendadak ketika ini. Ini adalah berkait rapat dengan kemampanan ekonomi Malaysia ketika ini dibandingkan hutang negara serta perbelanjaan kerajaan terhadap dana negara. Apa respon balas anda pula?.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

No comments: