Tarikh Pembayaran BR1M Naik RM1200 Tahun
2019 : Nampaknya ramai yang sudah menerima bahagian masing-masing
melalui pembayaran BR1M seperti (DI SINI).
Walaubagaimanapun, ramai sebenarnya yang
masih kabur lagi dengan janji pembayaran BR1M di mana ramai yang
mengharapkan pembayaran BR1M naik sehingga RM1,200 dalam BR1M 3.0 2014
kali ini. Sebenarnya….
Sebenarnya janji pembayaran BR1M
sebanyak RM1,200 hanya akan naik ke paras tersebut secara berperingkat
seperti dalam akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) (KLIK SINI SUMBERNYA).. Bukannya, naik sekaligus yang diharapkan & difikirkan ramai orang selama ini.
Tarikh Pembayaran BR1M Naik RM1200 Tahun 2019 : Lepas PRU?
Terbaru, dalam Perdana Menteri Datuk
Seri Najib ada beritahu sekali lagi yang mana BR1M akan naik sehingga
RM1,200 dalam 5 tahun daripada sekarang. Dalam erti kata lain,
kemungkinan besar selepas Pilihanraya Umum ke 14. Mungkin? Itu bahasa
kasarnya. Bahasa halusnya, bermakna….anda perlu berikan peluang kepada
Barisan Nasional sekali lagi dengan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke
14. Hadiahnya? BR1M RM1,200. Benarkah?
Untuk pembayaran BRIM 3.0 2014 kali ini,
sejumlah RM4.5 bilion dana negara telah dibelanjakan. yang mana
dibahagikan pembayaran BR1M 3.0 2014 kepada 3 kelompok :
- Anda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerima wang tunai RM650 + RM50 untuk skim insurans Takaful
- Anda yang berpendapatan antara RM3, 000 dan RM4, 000 masing-masing menerima wang tunai RM450 + insurans RM50
- Bujang yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan tanpa tanggungan menerima RM300
Bagaimana kalangan pemohon BR1M 3.0 2014, adakah anda semua sudah mula
menerimanya? Apa perancangan anda dengan wang BR1M tersebut? Ada atau
tidak sebarang masalah dan kesulitan yang dihadapi sepanjang proses
pengagihan BR1M yang sedang berlaku ketika ini, mohon kongiskan bersama
rakan pembaca Berita Semasa di sini.
sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment