Monday 24 February 2014

Aduan Duit BR1M 3.0 2014 : Hantarkan Respon Balas Cara Agihan BRIM DI SINI? Syukur, Terima Kasih @ Tidak Puas Hati?

Aduan Duit BR1M 3.0 2014. Cara Agihan BRIM : Walaupun Br1M 3.0 2014 telah mula diagihkan bermula seawal malam Khamis minggu lepas (DI SINI BUKTINYA), tetapi sehingga sekarang pelbagai aduan dan kecaman terhadap pelaksanaan BR1M yang diberikan oleh rakyat Malaysia umumnya dan penerima BR1M amnya.

Rata-rata dilihat kurang berpuas hati atas sebab dan alasan tertentu. Walaubagaimanapun, ramai juga yang berlapang dada dengan pelaksanaan BR1M yang dilihat sedikit sebanyak membantu perbelanjaan untuk seketika waktunya dan juga cara terima pembayaran BR1M terus ke akaun mereka, mendapat respon positif daripada penerima BRIM 2014.

Aduan Duit BR1M 3.0 2014 : Antara Aduan Yang Berita Semasa Terima

  1. Ada penerima yang hanya mendapat RM450 sahaja, sedangkan pendapatan isi rumah mereka tidak lebih RM3,000 sebulan. Ada yang mengalami situasi seperti ini?
  2. Ada yang melihat sendiri, kalangan yang tidak layak berdasakan pendapatan bulanannya (diluar kumpulan penerima) tetapi tanpa segan silu menikmati ganjaran BR1M. Erm….
  3. Ada penerima yang amat yakin memperolehi BR1M berdasarkan pendapatan bulanan @ pendapatan isi rumah mereka setiap bulan tetapi sehingga ke hari ini tiada khabar berita yang menggembirakan untuk mereka walaupun setiap hari membuat semakan di ATM ataupun melalui pembankan Internet
  4. Tiada disediakan kemudahan semakan keputusan BR1M online yang menyebabkan kalangan pemohon terus tertunggu-tunggu keputusan BR1M 3.0 2014 samada mereka layak atau tidak
  5. Malahan kemudahan hotline yang disediakan kurang efektif, maklum balas melalui email. Masakan boleh kemudahan seperti ini mampu menampung persoalan daripada lebih 6 juta pemohon BR1M 3.0 2014?
  6. Ramai yang menemplak kerajaan Malaysia telah menipu rakyat Malaysia dengan berjanji untuk memberikan sehingga RM1200 bagi BR1M 3.0 2014 seperti yang mereka lihat dalam manifesto BN sebelum ini, sebaliknya hanya RM650 diterima mereka. (BERITA SEMASA ADA JELASKANNYA DI SINI)
  7. Dan Berita Semasa perhatikan ada tidak mahu BR1M ini diteruskan & nilai BR1M dinaikkan dengan cara mengurangkan subsidi rakyat Malaysia dikurangkan, dan rata-rata mahukan subsidi rakyat Malaysia melibatkan dikembalikan & kawalan harga barang di Malaysia di kawal. 
  8. Apa pula aduan dengan pelaksanaan BR1M 3.0 2014 kali ini?
  9. Dan, apa pula respon balas kalangan anda yang telah menerima BR1M 2014 ini? Syukur, Terima Kasih @ Tidak Puas Hati? Ada cadangan?
Hantarkan segala pandangan dan respon balas anda di sini, Berita Semasa akan cuba panjangkan segala aduan & malum balas yang dihantar oleh anda di sini kepada pihak LHDN.
Segala cadangan yang anda hantar & kongsikan, sekurang-kurangnya masalah dan situasi yang dihadapi oleh pemohon BR1M tidak akan berulang lagi bagi edisi BR1M yang seterusnya selepas ini iaitu BR1M 4.0 2015 pula?
sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/aduan-duit-br1m-3-0-2014-brim

No comments: